Hospital kerajaan free ke tak sebenarnya? Saya memang cukup tak suka bila ada manusia yang memburuk-burukkan hospital kerajaan tanpa memberikan fakta yang sebenar. Memberi info yang mengelirukan dan apatah lagi, post yang boleh dilihat seolah-olah demi kepentingan diri sendiri.
Saya dimaklumkan mengenai post yang mengatakan perlu membayar RM35,000 untuk membuat pembedahan lutut di hospital kerajaan.
Kos yang pesakit perlu bayar di hospital kerajaan itu sebenarnya adalah kos implant yang disediakan oleh syarikat swasta. Ia hanya melibatkan implant tertentu sahaja. Doktor perlu beli implant tersebut bagi merawat anda.
Hampir semua implant pembedahan trauma/kepatahan adalah percuma kerana telah dibeli oleh pihak hospital dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan.
Kerajaan kita tidak pernah menafikan rawatan terhadap rakyat. Ia percuma untuk anda kerana kerajaan kita sekarang adalah yang terbaik.
Yang perlu dibayar adalah implan tertentu sahaja, bagi pesakit tertentu sahaja. Ada ke syarikat swasta/orang berniaga implant mahal-mahal ini nak bagi percuma? Anda kalau berniaga gula-gula untung 20 sen pun berkira bukan?
Contoh:
1. Total Knee Replacement (Tukar sendi lutut): RM7,000 – RM10,000
2. Total Hip Replacement (Tukar sendi pinggul): RM8,000 – RM15,000
3. ACL Reconstruction (Ganti urat lutut ACL): RM4,000 – RM7,000
4. ACL/PCL Reconstruction (Ganti 2 urat lutut menggunakan urat kadaver/allograft): RM29,000
5. Implan khas Titanium locking plate/nail: RM2,000 -RM4.000 bergantung kepada jenis dan panjang implant
Kos di hospital swasta? Anda darabkan nilai di atas dengan 3 atau 4 kali ganda.
Kos implant di atas masih boleh jadi percuma sekiranya anda ada perlindungan Insuran, Takaful, PERKESO/SOCSO atau jika anda ada Peguam bagi kes-kes kemalangan jalanraya (peguam akan bayar dulu).
Bagi pesakit beragama Islam, kita boleh mohon bantuan zakat. Jika semuanya tidak ada, kerajaan menyediakan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) untuk anda. Nikmat apa lagi yang rakyat Malaysia nak nafikan ini?
Sebenarnya, apa yang anda perlu bayar:
1. Kos pembedahan: RM50.00 – RM200.00
2. Kos wad kelas 3: RM3.00/sehari (ini siap 4 kali makan setiap hari ya)
3. Daftar masuk wad: RM1.00 (caj paling ridiculous di dunia)
Bayaran ini pun akan jadi percuma jika anda ada GL (surat jaminan)/Kakitangan Awam/Pesara. Itulah sebabnya begitu ramai yang pesakit di hospital kerajaan. Semua nak percuma, kalau boleh tak mahu bayar dan semua nak cepat sepantas kilat!
Jika ramai, macam mana nak cepat? Anda harus bersabar semasa menunggu rawatan di hospital kerajaan. Kami cuba melakukan yang terbaik secepat yang boleh dah untuk rawatan anda!
Adakah anda sangka kami suka duduk lama-lama di klinik dan sengaja lambatkan masa untuk melihat anda?
Jadi, jika anda ada kemampuan, silalah beli perlindungan insuran/takaful/medical card. Anda memudahkan diri anda sendiri, doktor dan semua rakyat Malaysia.
Saya menyokong setiap rakyat Malaysia mempunyai Insuran, Takaful dan Medical Card. Simply kerana:
1. Anda boleh pergi mendapatkan rawatan di hospital swasta.
2. Bila anda ke hospital swasta, kemungkinan anda akan mendapat rawatan dengan lebih cepat adalah lebih tinggi (kerana pesakit tidak seramai di hospital kerajaan).
3. Bila anda ke hospital swasta, anda mengurangkan jumlah pesakit di hospital kerajaan, ini juga akan mempercepatkan rawatan yang kami boleh beri kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Sekali lagi saya ingin berpesan kepada semua >ejen insuran/takaful, by all means, kalau nak promosi insuran, takaful, medical card dan yang sewaktu dengannya, silakanlah.
Tapi anda perlulah sentiasa bersikap professional, melengkapkan diri dengan info yang betul dan memberikan fakta yang tepat kepada bakal pelanggan.
Strategi menakut-nakutkan atau memberi fakta secara membuta-tuli sebegini adalah amat tidak bertanggungjawab. Jaga keberkatan rezeki anda. Anda pun tahu rezeki haram membawa anda ke mana kan?
Nota:
1. Saya BUKAN Ejen Insuran