Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Patrick Kluivert menegaskan tiada tempat istimewa buat pemain warisan yang tidak menunjukkan prestasi baik dalam latihan.

Ia jelas dibuktikan apabila pemain seperti Jordi Amat dan Shayne Pattynama menjadi dua daripada lima pemain yang diketepikan ketika menghadapi China, malam tadi.

Baca Juga:

Patrick Kluivert
Soccer Football – World Cup – AFC Qualifiers – Group C – Indonesia v China – Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta, Indonesia – June 5, 2025 China’s Serginho in action with Indonesia’s Ricky Kambuaya REUTERS/Ajeng Dinar Ulfiana

Malah Kuivert menaruh harapan buat Egy Maulana Vikri, Ricky Kambuaya , Yakob Sayuri dan Rizky Ridho untuk membarisi senarai kesebelasan utama pasukannya.

Memasuki babak kedua, Beckham Putra Nugraha pula dibawa masuk dan kemudiannya Ramadhan Sananta diberi peluang beraksi pada lewat permainan.

Keadaan tersebut jelas menunjukkan Patrick Kluivert tidak menghiraukan langsung status seseorang pemain itu dan lebih berminat untuk menilai berdasarkan prestasi mereka.

Patrick Kluivert
Soccer Football – World Cup – AFC Qualifiers – Group C – Indonesia v China – Gelora Bung Karno Stadium, Jakarta, Indonesia – June 5, 2025 Indonesia’s Ole Romeny celebrates scoring their first goal with teammates REUTERS/Ajeng Dinar Ulfiana

Ini Peringatan Daripada Patrick Kluivert

“Semuanya berdasarkan kemampuan pemain,” ujar Kluivert menurut sumber laporan CNN Indonesia.

“Saya juga memang memberi peluang kepada pemain tempatan jika mereka benar-benar layak. Saya juga sudah nyatakan sejak awal diumumkan sebagai jurulatih tempatan bahawa saya ingin melihat semua pemain tempatan kerana saya sangat menghormati mereka.”

“Jika mereka menunjukkan kualiti, saya akan beri peluang. Lagi pula, saya rasa gabungan pemain tempatan dan warisan menjadikan pasukan lebih kuat.”

“Dan mengenai pemain naturalisasi (warisan), mereka tidak dijamin akan sentiasa bermain. Mereka juga perlu bersaing dengan pemain tempatan,” ujar pengendali kelahiran Belanda itu lagi.

Sumber