Bekas penyerang skuad kebangsaan Belanda, Patrick Kluivert dilaporkan bakal menjadi pengganti kepada Shin Tae-yong bagi mengendalikan skuad kebangasaan Indonesia.
Perkara ini dikongsikan oleh Fabrizio Romano menerusi laman X miliknya yang mana Kluivert dan Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) bersetuju untuk menandatangani kontrak selama dua tahun.
Baca Juga:
- Patrick Kluivert Bakal Bimbing Skuad Kebangsaan Indonesia
- ‘Kita Tengok Sejauh Mana Mereka Boleh Pergi’ – Anak Shin Tae-yong
- RASMI: Shin Tae-Yong Dipecat
šØš®š© Patrick Kluivert set to sign as new Indonesia head coach, deal done.
2 years plus 2 years option, presentation to take place on January 12 in Indonesia.
The goal is to reach the World Cup qualification. pic.twitter.com/TWdqhN2eCW
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 6, 2025
“Sasaran untuk Kluivert ialah layak ke temasya Piala Dunia,” tulis Fabrizio.
Berita ini mendapat reaksi yang pelbagai khususnya dari penyokong Indonesia yang mana mereka mempersoalkan keputusan PSSI yang melantik seorang pengurus yang tidak mempunyai catatan yang baik.
Salah satu laman bola sepak di Curacao, negara yang pernah diuruskan oleh Kluivert kemudiannya membuat satu pendedahan yang mengejutkan di laman media sosial.
In terms of recruiting, he's good. The players who joined us in 2015 only joined because he was the manager. But his tactics are horrible. During matches, our players looked lost, and we were scraping wins against islands that didn't even have a semi-professional league.
— CuraƧao Football News (@Curacaofootbal1) January 6, 2025
“Dari segi mencari pemain, beliau bagus. Pemain yang beraksi bersama kami pada 2015 sudi hadir selepas mereka tahu Kluivert adalah pengurus pasukan. Akan tetapi dari segi taktik, beliau amat teruk.
“Ketika perlawanan, pemain kami seolah-olah hilang arah. Kami hanya mencatat kemenangan ketika menentang negara yang tidak mempunyai liga profesional.
“Pemain kami kebanyakannya dilahirkan dan dibesarkan di Belanda. Patrick Kluivert menerapkan taktik yang mana pemain perlu lakukan sesuatu dengan sendiri di dalam padang. Mereka macam tidak tahu apa nak buat sewaktu beraksi dibawah kendaliannya.
“Kluivert kembali sebagai jurulatih sementara pada 2021. Dia membimbing pasukan dalam enam perlawanan, menang satu dan tewas empat. Dalam satu aksi kelayakan Piala Dunia, dia meletakkan salah seorang pemain tengah di posisi sayap dan salah seorang pemain tengah bertahan sebagai penyerang. Kami kalah dan akhirnya tersingkir. Dia dah macam pengganas,” tulis laman tersebut.
Walaupun kempen Indonesia dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dilihat berada di landasan tepat dimana mereka kini berada di tangga ketiga dengan enam mata, ia masih belum cukup untuk melihat Tae-yong terus kekal membimbing pasukan.
āKeputusan ini dibuat berdasarkan pertimbangan yang panjang dan matang serta evaluasi yang dilakukan oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia dan Badan Tim Nasional secara menyeluruh terhadap persembahan pasukan dan tujuan jangka masa panjang yang ingin dicapai oleh pasukan bola sepak Indonesia.ā
āPSSI berterima kasih dan menghargai semua sumbangan yang telah diberikan bagi pembangunan Tim Nasional Sepakbola Indonesia.ā
āPSSI berharap yang terbaik bagi Shin Tae-yong untuk ke masa hadapan,ā ujar PSSI.