Mula diperkenalkan sebagai inisiatif untuk menawarkan servis perkongsian basikal buat Rakyat Malaysia, syarikat ini nampaknya memilih untuk mengundur diri selepas setahun beroperasi di Melaka dan Putrajaya.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, pihak Ofo tidak mengumumkan sebab pengunduran operasi mereka di Malaysia. Walaubagaimanapun, melihat kepada prestasi basikal Ofo yang sering menjadi bahan vandalisme dan dicuri mungkin antara yang turut menjadi punca.

Setakat ini, pihak Ofo memilih untuk menawarkan perkhidmatan mereka di beberapa kawasan lain diluar Malaysia. Kongsikan bersama kami apakah bisnes ini kurang menguntungkan atau sebaliknya.