Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian mengenai seorang aunty yang kelihatan sudah berusia dan masih bekerja sebagai pekerja penghantaran makanan Foodpanda.
Gambarnya yang kelihatan seperti sedang menunggu pesanan untuk aplikasi itu sebelum ini menjadi tumpuan media dan menerima pujian daripada netizen kerana ketabahannya masih bekerja walaupun sudah berusia.

Walaupun gambar berkenaan tular dan dikongsikan di media sosial, namun tidak banyak yang diketahui mengenai aunty berkenaan sehinggalah pendakwah dan penceramah Ustaz Ebit Lew mengunjungi beliau sendiri di Kuala Lumpur dan berkongsikan kisah mengenai wanita berkenaan.
Menurut Ebit, aunty berkenaan dikenali sebagai Christine Ti dan kini tinggal berdua bersama adiknya selepas ibu mereka meninggal dunia.
“Sebelum ini kerja penulis majalah berbahasa Inggeris. Pandai bahasa Inggeris, hebat tulisannya.
“Semenjak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hilang kerja. Mula kerja Foodpanda guna kereta kancil lama,” kongsi Ustaz Ebit Lew di Facebook-nya.

Ebit ketika lawatannya bertemu dengan aunty berkenaan turut berpeluang untuk membantu membaiki kereta Kancil yang digunakan aunty Christine sebelum ini di samping memberikan duit belanja kepadanya.
Kereta kancil yang digunakan beliau untuk menghantar makanan itu menurut aunty Christine sudah berusia 25 tahun dan beliau sangat menyayanginya.
“Seronok menangis gembira bila saya tolong repair kereta ni. Beri sedikit duit belanja.
“Nanti nak tengok rumahnya, dengarnya dah bocor dan ada kerosakan. Tadi masa parking,dia nak bagi tiket parkingnya bayarkan untuk kereta kawan-kawan saya. Tak apa auntie. Baiknya,” cerita Ebit.
Aunty Christine juga menurut Ebit juga gembira dengan pekerjaannya sebagai penghantar makanan ketika ini. Menurut beliau, walaupun perkhidmatan itu biasanya dijalankan oleh golongan muda namun menurutnya tiada politik kerja antara mereka dan menjelaskan mereka semuanya baik-baik.
Ini bukanlah kali pertama Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada pekerja penghantaran makanan malah beliau sebelum ini pernah menghadiahkan basikal lipat kepada beberapa orang individu yang menjalankan perkhidmatan berkenaan dan tidak mempunyai pengangkutan atau kenderaan.
Baca perkongsian kami sebelum ini mengenainya melalui pautan di bawah.
Ebit Lew Hadiahkan Basikal Lipat Buat Penghantar Makanan Tiada Kenderaan Dan Lesen
Pilu Dengan Pemergian Siti Nur Surya, Ebit Lew Ziarah Keluarga Arwah Di Terengganu
Selepas ElewsMart, Ebit Lew Wujudkan ‘Food Bank’ Khas Untuk Membantu Golongan Yang Memerlukan