Seorang lelaki warga Pakistan berkongsi memori dukanya selepas mendakwa pernah dibelasah oleh individu tidak dikenali ketika berkerja di negara ini.

Kisah tersebut dikongsikan oleh warga Malaysia yang dikenali Ahmad Isa menerusi satu rakaman di TikTok yang mana pada waktu ketika itu membuat kunjungan ke sebuah penempatan di Pakistan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TikTok @ahmad.bin.isa

Menurut lelaki Pakistan bernama Usman itu, dia memilih untuk pulang ke kampung halamannya selepas serik menjadi mangsa samun ketika mencari rezeki di Malaysia.

“Dulu saya kerja dekat Sogo, Kuala Lumpur. Saya bekerja di sebuah kedai fabrik di sana.

“Saya balik ke Pakistan semula sebab dekat sana (Malaysia) orang pukul saya. Masa hari minggu kan ramai penunggang motosikal.

“Mereka ambil saya punya barang termasuklah pasport sampai saya jadi susah. Gigi saya pun kena tumbuk,” katanya.

Walau bercerita tentang pengalaman pahitnya, Usman menegaskan dia tidak mengambil hati dengan apa yang berlaku.

Malah Usman menggunakan perumpaan lima jari manusia’ bagi menunjukkan sikap setiap individu adalah berbeza-beza.

“Saya tak kisah… Lima jari kita kan tak sama (panjang). Baik pun ada, tak baik pun ada.

“Tapi sekarang saya pun banyak bahagia, syukur kepada Allah. Sekarang Allah bagi saya bahagia,” katanya sambil tersenyum.

Sumber Gambar: TikTok @ahmad.bin.isa

Usman kemudian dilihat mengagihkan tiga plastik makanan termasuk buah epal kepada Ahmad dan rakan-rakannya.

Tersentuh dengan sikap lelaki Pakistan itu, Ahmad mengaku berasa ‘malu’ memikirkan layanan yang diberikan Usman dengan apa yang pernah dialaminya di Malaysia sebelum ini.

“MasyaAllah, kita dekat Malaysia pun belum boleh tentu boleh bagi banyak macam ni.

“Dia dekat Malaysia sana siap kena tumbuk. Dekat negara Pakistan ni dia bagi orang Malaysia macam-macam,” katanya.

Sepertimana yang dijelaskan menerusi tulisan pada video, Usman kini merupakan seorang majikan yang memiliki lebih 100 pekerja. Beliau juga mempunyai kilang batu bata yang diusahakan di Pakistan di mana mahu menabur bakti semula kepada warga tempatan di situ.

Selepas Ahmad mengucapkan terima kasih, Usman mempelawa Ahmad untuk menumpang di rumahnya.

“Saya ada rumah dekat sini jangan risau.

Kalau mahu makan atau duduk saja, saya tak kisah,” jelasnya.

Hantaran tersebut meraih lebih 890,700 jumlah tontonan setelah disiarkan oleh Ahmad di laman TikTok.

@ahmad.bin.isa

DULU KENA PUKUL, SEKARANG JADI BOS 🇵🇰 #KayuhanHaji2024

♬ original sound – Ahmad Isa – Ahmad Isa

Rata-rata netizen begitu teruja dengan kebaikan Usman kepada Ahmad seperti diperlihatkan menerusi video tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @ahmad.bin.isa
Sumber Gambar: TikTok @ahmad.bin.isa

Dalam pada itu, netizen juga memohon maaf kepada Usman kerana diperlakukan seperti binatang oleh segelintir individu ketika berada di Malaysia.