Masihkah anda ingat akan seorang gadis dari Singapura yang dibuli segelintir netizen apabila dia hargai pemberian ayahnya iaitu seutas beg tangan berjenama mewah, Charles & Keith?
Isu tersebut telah menjadi buah mulut ramai dan turut menjadi perhatian netizen Malaysia. Terbaharu, gadis itu yang bernama Zoe telah memuat naik gambar di akaun Instagram miliknya dengan menggayakan Charles & Keith’s Alia Chain-Strap Crossbody Bag berwarna ungu.
Baca Juga:
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
Untuk pengetahuan anda, beg itu adalah antara salah satu beg yang terlaris keluaran jenama Charles & Keith. Difahamkan, Zoe terpilih menjadi salah satu penghias Hari Wanita Antarabangsa Charles & Keith 2023.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepadanya dan segelintir netizen memerli mereka yang memperlekehkan serta membuli Zoe sebelum ini.