Penjaga gol skuad kebangsaan Filipina, Neil Etheridge sah menyertai juara Thai League 1, Buriram United bagi menghadapi saingan musim 2024/25.
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana penjaga gol itu menandatangani kontrak selama dua tahun dan ini merupakan kali pertama beliau beraksi di Asia.
Baca Juga:
- Piala FA: Malaysian University ‘Dikuliahkan’ Skuad Kedua JDT
- Ini Sebab Aksi Selangor Menentang JDT Diadakan Tanpa Penonton
- Selangor Didenda RM100 Ribu, Aksi Menentang JDT Tanpa Penonton
Sudah menjangkau usia 34 tahun, Neil menjadikan Asia sebagai destinasi beliau yang seterusnya dan merasakan Buriram adalah pasukan yang tepat selepas lama beraksi di England.
“Saya selalu tegaskan bahawa saya berminat untuk beraksi di Asia yang mana saya dapat mencuba perkara baru, cabaran baru dan kehidupan baru dalam karier saya.
“Sekarang ini adalah masa yang tepat. Saya sudah banyak berfikir sebelum memyertai Buriram dan bagi saya Liga Thailand adalah liga terbaik di rantau Asia Tenggara,” katanya.
Neil Etheridge memberitahu beliau ada mendapat tawaran dari kelab yang beraksi di divisyen dua liga bola sepak England tetapi peluang untuk beraksi bersama Buriram sukar untuk ditolak.
Sebelum ini, Neil pernah dikaitkan dengan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas kelab itu menunjukkan seorang penjaga gol yang memakai topeng dalam video pelancaran jersi yang dipakai musim ini.
Ramai yang menganggap penjaga gol yang memakai topeng itu ialah Neil memandangkan fizikal beliau yang tinggi, sama seperti penjaga gol Filipina itu.
Sepanjang beraksi di England, Neil pernah menyarung jersi beberapa kelab seperti Fulham, Crewe Alexandra, Oldham Athletic, Cardiff City dan Birmingham City.
Pada musim 2018/2019, Neil mencipta sejarah apabila menjadi pemain Filipina pertama yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).