Nampaknya segala teka-teki mengenai kekasih Hafidz Roshdi serta ura-ura bakal melangsungkan perkahwinan berakhir pada hari ini apabila pelakon ini mengumumkan sudah bernikah dengan kekasih hatinya, Athira Yuhada.

Menerusi perkongsian di Instagram @hafidz.roshdi, beliau telah memuat naik gambar di atas pelamin bersama  Athira Yuhada serta video akad nikah beliau.

Setakat artikel ditulis, rata-rata mendoakan agar pasangan ini meraih kebahagian dan diberkati Allah.

Sebelum ini, terdapat ura-ura dua individu ini bakal bernikah selepas tularnya kad perkahwinan di mana ibu Hafidz Roshdi memaklumkan enggan memberi komen lanjut mengenai majlis yang bakal berlangsung.