Seorang isteri mendedahkan rasa takutnya untuk menegur kesalahan suami selepas beliau mendakwa pernah dipukul oleh suaminya.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh @meinmokhtar, seorang wanita tanpa nama yang menghantar mesej tanpa nama mengakui bahawa hubungan perkahwinannya selama 5 bulan sudah pun disalut dengan rasa trauma.

Baca Juga:

Ini disebabkan oleh kejadian pergaduhan yang melibatkan mereka berdua sehingga suaminya sanggup memukulnya.

Akibat daripada perbuatan tersebut, isteri mengaku bahawa dia kini trauma untuk menegur setiap kesalahan suami kerana risau dipukul lagi.

“Sekarang aku trauma nak betulkan salah dia. aku takut kalau dia angin. Dia pukul aku lagi,” katanya.

Wanita terbabit turut mengakui bahawa dia kini banyak memendam rasa dan menjadikan keretanya sebagai tempat dia bertenang.

“Kalau aku sedih, aku suka duduk dalam kereta 4 hingga 5 jam.”

Di akhir catatannya, beliau memohon netizen untuk mendoakan beliau menjadi isteri yang kuat dan solehah.

Perkongsian terbabit telah mendapat perhatian masyarakat media sosial dengan lebih 124 netizen yang memberi pandangan mengenai situasi yang dihadapi wanita terbabit.

Selain itu, sejak dimuat naik semalam, perkongsian terbabit mendapat perhatian lebih 120,000 warga Twitter/X.

Di bahagian komen, kebanyakan netizen tidak bersetuju dengan tindakan beliau yang seolah menerima segala apa yang terjadi ke atas dirinya, ditambah pula umur perkahwinan tersebut hanya baru 5 bulan.

Netizen merasa apa yang beliau perlu lakukan adalah membuat laporan polis bagi melindungi dirinya jika perkara sama berulang lagi pada masa akan datang.

Sebahagian pula memberi cadangan untuk membawa suaminya ke doktor bagi menangani perangainya yang senang naik angin.

Bagaimanapun ada yang mengecam beliau kerana masih bertahan dengan suaminya kerana bagi mereka, apabila sesuatu hubungan itu sudah melibatkan kekerasan, wanita itu sepatutnya meninggalkan suaminya.