Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial yang membongkar kegiatan sepasang warga asing yang meminta sedekah di kawasan tumpuan ramai dan menunjukkan isyarat lucah apabila dirakam.

Memetik laporan The Reporter, pasangan warga asing yang mempergunakan bayi untuk meminta di sekitar ibu kota akhirnya dicekup oleh pihak berkuasa pada malam tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: the Reporter

Menerusi siaran langsung di akaun TikTok Street Kaka, pasangan terbabit duduk di tepi jalan dan enggan menjawab pertanyaan dari beberapa individu yang menyoalnya.

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pasangan itu dikatakan selalu meminta sedekah di kawasan berdekatan KLCC. Malah, ada juga yang mendakwa pernah melihat pasangan yang sama di Melaka dan Johor.

Bayi yang dibawa untuk melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab itu pula sentiasa bertukar. Mereka dipercayai menggunakan anak orang lain susulan beberapa rakaman video yang pernah tular di media sosial sebelum ini.

“Anak mereka tukar-tukar, bukan anak yang sama. Masa sama kitorang kena, mereka jerit dan maki kami. Sambil dia berjalan tu dia jerit-jerit. Dia ni la yang tunjuk jari tengah tu,” kata salah seorang wanita yang mendakwa pernah menjadi mangsa mereka.

Di dalam siaran langsung itu, kelihatan berlaku pertelagahan antara warga tempatan bersama beberapa warga asing yang berada di sekitarnya yang mungkin tidak berpuas hati. Bagainamanapun, pasangan berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.