Penggunaan perkhidmatan siaran TV satelit bukanlah asing di negara ini. Kini Malaysia miliki satu lagi perkhidmatan seumpama itu yang dikenali sebagai OK Vision.
Perkhidmatan tersebut merupakan usaha sama antara Ansat Broadcast Sdn Bhd dan konglomerat Indonesia, MNC Group.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
Untuk makluman, Tan Sri Vincent Tan adalah pemegang saham utama dalam U-Telemedia Sdn Bhd, syarikat induk Ansat Broadcast.
“Bertahun-tahun yang lalu, saya cuba melakukan perniagaan ini di bawah sebuah syarikat bernama MiTV. Saya cuba mencabar Astro [Malaysia Holdings Bhd] untuk menjadi penyedia kedua (perkhidmatan TV berbayar).
“Malangnya, ia gagal teruk. Saya kehilangan RM250 juta, dan saya fikir saya tidak akan terlibat dalam perniagaan ini sekali lagi, sehingga saya bertemu Pak Hary, Pengerusi Eksekutif MNC Hary Tanoesoedibjo,” kata Vincent Tan semasa majlis perasmian.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan berapa banyak nilai pelaburan dalam usaha terbaharunya itu, petik The Edge.
Menerusi laman rasmi OK Vision, pelanggan diberikan dua jenis konten. Bagi siaran percuma, ia termasuklah rancangan;
- TV3
- Berita RTM
- Hijrah TV
- 8TV
- Suke TV
- CNA
- Arirang
- France 24
- DW
- Euronews
- TV5Monde
- MNCTV
- TRT World
- NHK World Premium
Manakala bagi pelanggan yang mahukan lebih banyak lagi rancangan, serendah RM20 sebulan, pelanggan ‘Ok Pek’ boleh menonton;
- GTV
- MNC Drama
- RCTI
- Love Nature
- Outdoor Channel
- Global Trekker
- ZooMoo
- FMN
- Crime + Investigation
- Rock Action
- Rock Entertainment
- Zee Bioskop
- Cinemachi
- Cinemachi Action
- Cinemachi Kids
- Cinemachi Max
- Cinemachi Xtra
- Dreamworks
Memetik Soyacincau, difahamkan pakej tersebut mempunyai saluran Motorvision TV dan Fight Sports akan tersedia pada satu tarikh yang dinyatakan.
Setakat artikel ini ditulis, OK Vision tidak menyatakan harga kotak TV mereka, serta cara untuk mendaftar bagi mendapatkan perkhidmatan TV satelit tersebut.