Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh Kapersky, ia menunjukkan lonjakan sehingga 45% di peringkat global berkaitan ancaman web yang disekat oleh Kapersky sepanjang tahun lepas.

Dalam laporan serangan siber 2022 yang diterbitkan Kapersky menunjukkan penjenayah siber paling banyak menyerang negara-negara Asia Tenggara sepanjang tahun 2022.

Nando's
HYPE
Tidak Perlu Ikat Perut, Ini Cara Untuk Anda Jimat Wang Makan Tengahari
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Forbes

Semasa kemuncak pandemik pada tahun 2020 dahulu, Kapersky mengatakan mereka telah menghalang sebanyak 10 juta serangan web daripada menjangkiti perniagaan di Asia Tenggara.

Negara Asia Tenggara mencatatkan peningkatan lebih daripada tiga kali ganda (329%) selepas penyelesaian perniagaan Kapersky sejumlah 889,093 serangan web.

Sumber Gambar: Kaspersky

Peningkatan serangan siber juga dilihat berlaku di empat negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Malaysia (197%), Thailand (63%), Indonesia (46%) dan Filipina (29%).

Hanya Vietnam sahaja yang memperlihatkan sedikit penurunan iaitu sekitar 12% selepas merekodkan hanya 2.4 juta insiden ancaman web pada tahun lepas berbanding tahun 2021 yang mana merekodkan mencapai 2.8 juta insiden.

Tahun lepas adalah tempoh pembukaan semula untuk kebanyakkan perniagaan di Asia Tenggara tetapi malangnya turut memberikan peluang kepada penjenayah siber untuk beraksi. Jadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan perlindungan siber dengan menaik taraf fasiliti IT dan meminta nasihat daripada pakar sekuriti siber.