Perodua kini menawarkan peluang eksklusif menerusi pengenalan Perodua Ativa ‘Pink Edition’.
Tawaran edisi terhad ini hanya disediakan sebanyak 10 unit sahaja bagi varian Ativa AV.
Pakej ‘upgrade khas’ bernilai RM8,000 ini merangkumi balutan khas (car wrap), sarung tempat duduk, karpet alas kaki, serta set aksesori bertema ‘Pink Edition’.
Selain itu, Perodua turut menawarkan 100 set Aksesori ‘Pink Edition’ sebagai hadiah penghargaan buat pelanggan yang bertuah.
Pelanggan yang berminat hanya perlu menempah dan mendaftar kenderaan Perodua Ativa di mana-mana bilik pameran Perodua.
Pendaftaran minat boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang disediakan di bilik pameran rasmi sebelum 15 Oktober 2026.
Pemenang bakal dipilih menerusi cabutan bertuah mingguan.