Hubungan penyerang berbisa, Victor Osimhen dan kelabnya, SSC Napoli dilihat sudah musnah apabila hasratnya untuk berhijrah ke Al-Ahli digagalkan kelab saingan Serie A itu.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Osimhen sudah menyatakan persetujuan untuk ke Arab Saudi sebagai pilihan kedua sekiranya perbincangan dengan Chelsea gagal mencapai kata sepakat.
Baca Juga:
- Chelsea Terus Bernafsu, Berusaha Keras Dapatkan Osimhen
- Conte Mahukan Lukaku Di Napoli, Chelsea Cuba Pinjam Osimhen
- Semakin Hampir Ke Napoli, Conte Mahu Lukaku Ganti Osimhen
Chelsea terkeluar daripada persaingan untuk mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Nigeria itu selepas permintaan gaji yang disifatkan The Blues sebagai terlalu tinggi.
Sehubungan dengan itu, Al-Ahli menjadi pilihan utama buatnya dimana Osimhen turut sudah bersetuju dengan tawaran gaji £34 juta setahun.
Namun, perpindahan itu gagal untuk direalisasikan selepas Napoli bertindak membuat tawaran balas dengan tambahan £4 walaupun kelab Saudi Pro League tersebut sudah menawarkan sejumlah £67 juta.
Keadaan yang membuatkan Al-Ahli ‘melangkah pergi’ meninggalkan perbincangan tersebut sekali gus Osimhen jelas berada dalam keadaan tertekan.
Hal ini kerana beliau tidak berada dalam perancangan pengurus baharu Napoli, Antonio Conte yang dilihat lebih memilih untuk menggunakan khidmat Romelu Lukaku.
Walaupun sudah meledakkan 76 gol dalam 133 penampilan bersama Napoli, ia masih belum cukup untuk meyakinkan Conte.
Menurut sumber laporan Goal, perkembangan terkini itu jelas membuatkan Osimhen dan ejennya, Roberto Calenda berang dan wakil pemain itu menunjukkan rasa marahnya dengan menghubungi Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis dan Pengarah Sukan, Giovanni Manna.
Sekiranya keadaan ini kekal sehingga tamat jendela perpindahan musim panas ini, Osimhen terpaksa menunggu hingga jendela perpindahan Januari dibuka untuk mendapatkan kelab baharunya.