Situasi banjir di Bandaraya Hatyai, Wilayah Songkhla, Thailand pada ketika ini bukan sahaja menjejaskan penduduk tempatan, tetapi kini turut melibatkan pelancong Malaysia yang datang sejak semalam dan menginap di beberapa hotel di sekitar bandar Hatyai.
Terdapat usaha koordinasi untuk meminta bantuan, khususnya berkaitan penyediaan makanan, kerana mereka tidak dapat keluar dari hotel akibat banjir. Namun tindak balas dari pihak terbabit terlalu perlahan, petik portal Matichon.
Baca Juga:
- MET Malaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Hingga 8 Pagi Ini

- Imigresen Thailand Kantoi, Berani ‘Skip’ Cop Pasport Pelancong Demi Duit Kopi?

- Gara-Gara Biadap Dan Angkuh, Restoran Dan Kedai Di Thailand Pasang Notis ‘No Isra*l’

Encik Sitthiphong Sitthiphatprapha, Presiden Persatuan Hotel Hatyai-Songkhla, menyatakan bahawa kira-kira 5,000 pelancong Malaysia terjejas akibat banjir di Daerah Hatyai.
Menurut beliau, ada pelancong Malaysia yang langsung tidak boleh keluar untuk mencari makanan. Sementara sebahagian lagi berada di kawasan yang kurang terjejas.
“Pihak kami telah cuba menghubungi pelbagai agensi untuk mendapatkan bantuan, terutamanya dari segi penyediaan makanan bagi menjaga kebajikan kumpulan pelancong ini.
“Yayasan Tong Sia Siang Tung kini sedang mempercepatkan penyediaan makanan dalam kotak untuk para pelancong. Namun begitu, walaupun telah dibuat penyelarasan dengan agensi kerajaan, tindak balas masih perlahan,” petik portal itu.
Kelewatan pemberian bantuan menimbulkan persoalan sama ada Wilayah Songkhla sudah menubuhkan pusat arahan (command center) memandangkan situasi banjir telah berlaku sejak malam tadi.