Ciapan penceramah motivasi Azizan Osman di Twitter beberapa hari lalu nyata mengundang kritikan daripada para netizen di negara ini.
Dalam ciapan yang dibuat pada 16 Ogos, Azizan yang terkenal sebagai penceramah motivasi berkongsi sindiran mengenai golongan peniaga yang tidak berjaya membuat jualan sebanyak RM1 juta sebulan.
Buat apa berniaga bertahun-tahun tapi masih tak capai jualan 1 juta ringgit yang pertama setahun apatah lagi 1 juta sebulan? Kau berniaga ke isi masa lapang?
— Datuk Wira Dr Azizan Osman (@AzizanOfficial) August 16, 2020
Berniaga ke isi masa lapang?
Tidak bersetuju dengan sindiran yang dibuat Azizan itu, netizen kemudiannya tampil memberikan pandangan mereka mengenai perkara itu dengan jumlah retweet and comments di ciapan tersebut kini sudah pun mencapai 2,500 perkongsian.
Fungsi retweet and comments di Twitter membolehkan pengguna lain berkongsi kembali ciapan asal dan menambah komen serta pandangan mereka bersama sebelum berkongsikan dengan pengikut mereka.
Menurut mereka, ada sesetengah peniaga bukan sahaja mengejar keuntungan tetapi lebih kepada untuk menyara kehidupan demi membahagiakan keluarga di samping mencari keberkatan hidup.
Ada orang berniaga untuk hidup. Ada yang berniaga untuk kaya. Mak aku berpuluh tahun berniaga takde dpt sejuta pun tapi anak anak dia seronok je hidup. Lama jugak mak aku isi masa lapang. https://t.co/2YgexPsSep
— pa'ihihi (@norfaizzz) August 18, 2020
20 tahun mak saya berniaga, besarkan adik beradik saya, keempat empat kami mendapat ijazah dan berjaya mengubah kehidupan kami, still yet, mak saya tak pernah dpaat bukan 1juta, 100k pun tak pernah..
Adakah mak saya mengisi masa lapang?— Lil Piance (@NaimPian) August 16, 2020
https://twitter.com/ikmalmola/status/1295508339472785409?s=20
Bukan begini caranya memotivasi
Tidak sahaja mempertahankan perniagaan yang dijalankan bukannya untuk mengisi lapang, malah netizen turut berpendapat kenyataan tersebut sedikit sebanyak menyinggung perasaan golongan peniaga.
Walaupun menyedari sindiran yang dibuat itu adalah untuk memotivasikan namun susunan dan pilihan ayat yang digunakan sepatutnya disusun dengan lebih cermat bagi mengelakkan orang ramai terasa.
https://twitter.com/haditimmy/status/1295496437648650241?s=20
Saya faham awak nak memberi motivasi buat orang tapi ayat tu kena susun elok elok. Ayat last tu boleh buat orang salah tafsir. Bukan mengajak lebih macam menghina jalan rezeki orang lain. https://t.co/dhXkJkS6GA
— Fariss Jaa (@frsfdyyy) August 17, 2020
This is not how u motivate people https://t.co/memLzmXcbf
— jardani. (@amrlrzuan) August 17, 2020
Tidak jual air liur
Selain daripada menegur dan mempertikaikan sindiran yang dibuat penceramah motivasi itu, netizen juga pada masa sama turut mempersoalkan kredibiliti Azizan dalam memberikan nasihat kepada peniaga.
Azizan pada 2016 pernah dinafikan beberapa universiti di atas dakwaannya memiliki pengiktirafan sijil doktor falsafah PHD dan pernah menjadi topik perbualan hangat suatu ketika dahulu.
Boleh PHD pun menipu patut tiap2 bulan pendapatan RM JUTA. Hang ingat sama Azizan biaq pendapatan sebulan bukan RM 1 JUTA tapi rezeki yang dapat tu dari sumber yang halal. Biaq miskin sumber dari rezeki halal daripada kaya dari pendapatan haram. Tahun 2020 ni sudah2 jadi penipu. pic.twitter.com/19JTTKwkyj
— bangwan PEKIDA (@bangwanpekida) August 17, 2020
https://twitter.com/mrsyafiqzamri/status/1295568698443354114?s=20
Business consultant yg tipu netizen ada phd. Sekali seminar charge beribu ribu mmg boleh la dpt sejuta. Jgn didik masyarakat pikir berjaya tu pd angka!!! https://t.co/OSmP3L9vKD
— Ahmeng (@aminburnt) August 18, 2020
Apa pula pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah patut sindiran tersebut diberikan kepada golongan peniaga atau sepatutnya motivasi yang lebih baik diberikan?
Baca juga perdebatan lain dalam kalangan netizen mengenai sikap masyarakat kita yang pernah kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah.
Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak
Baru 2 Minggu Menyewa, Lelaki Ini Dihalau Pemilik Rumah Kerana Mahu Penyewa Kaum Cina