Tatkala anda membaca ayat pertama ini, pasti anda pernah ada pengalaman dimasukkan ke dalam group atau channel  yang menawarkan peluang pekerjaan, pelaburan yang luar biasa menguntungkan oleh ‘scammer Telegram’.

Sehubungan dengan itu, jurulatih dan pakar pemasaran terkemuka Malaysia, Datuk Wira Hj Azizan bin Osman menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan dan mengenakan hukuman tegas terhadap dalang-dalang aktiviti scam di Telegram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Tidak ada ke sesiapa yang ada kuasa yang nak buat apa-apa? Saya dah buat laporan polis bukan sekali.

“Tak main-main! Di Telegram ini diniagakan macam-macam. Bukan kita mencari tapi mereka akan direct message invite atau offer!

“Kalau Indonesia haramkan TikTokShop, saya ingat PMX patut berani haramkan terus apa-apa platform yang tidak mampu kawal perkara-perkara ini!” tegas Azizan.

Hantaran Instagram itu telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang bersetuju agar pihak berkuasa dapat menjalankan kerja-kerja proaktif dalam membanteras jenayah siber ini.

Sumber Gambar: IG @azizanosman_official
Sumber Gambar: IG @azizanosman_official
Sumber Gambar: IG @azizanosman_official

Terdahulu, Azizan ada berkongsi ciri-ciri group pelaburan scam di Telegram berserta tangkap layar salah satu group Telegram berkenaan.

Antara ciri-cirinya pengguna Telegram dimasukkan ke dalam group atau channel yang tidak dibenarkan menghantar mesej. Namun, akan ada ahli lain yang boleh berkongsi ‘keuntungan’ diperolehi daripada pekerjaan atau pelaburan yang ditawarkan dalam group/channel tersebut.

Kemudian individu yang ingin tahu akan menghubungi admin group/channel bagi mendapatkan butiran lanjut. Sejurus wang telah dipindahkan ke akaun diberikan, maka individu terbabit akan dibiarkan terkapai-kapai begitu sahaja.

Untuk makluman, anda boleh set akaun Telegram sendiri bagi mengelak dimasukkan ke dalam group dan channel Telegram yang mempunyai unsur-unsur penipuan. Anda boleh baca lebih lanjut di sini.