Sebut sahaja Santorini, ia merupakan destinasi terkenal di mata dunia dengan panorama deretan bangunan bercat putih yang menakjubkan, gereja berkubah biru dan sunset.
Kini, anda tidak perlu ke Santorini kerana Cameron Highlands tampil dengan tarikan terbaharu iaitu Cameron Santorini. Berinspirasikan pulau Santorini, pelancong akan berasa seperti berada di sana dimana elemen reka bentuk tarikan ini menyerupai seni bina di tempat ikonik tersebut.
Baca Juga:
- Persis Perkampungan Hobbit, Tarikan Terbaharu Di Cameron Highlands Ini Bakal Jadi Tumpuan Pelancong
- Persis Di Korea, ‘Flora Park’ Di Cameron Highlands Ini Bakal Jadi Tarikan Pelancong
- Penginapan Berkonsepkan Rumah Tradisional Orang Asli Di Cameron Highlands
@pedzulkefli TARIKAN TERBARU! Ada swimming pool tersejuk dlm Malaysia blh mandi puas2!
♬ original sound – Fadhilah – Explore & Travel – Fadhilah – Explore & Travel
@evafarisha_95 Tempat Baru di Cameron Highlands. 📍Cameron Santorini.Port Ootd yang baru.. #cameron #cameronhighland #cameronhighlands #cameronhighlandsmalaysia #cameronhighlandsmalaysia🍓 #santorini #cameronsantorini #cameronsantorinibrinchang #brinchang #keafarm #ootd #portbaru #jalanjalan #jalanjalantraveling #travel
Cameron Santorini ini telah dibuka secara rasmi dan juga menawarkan variasi spot terbaik untuk mengambil gambar. Malah, ia turut memberi pengalaman kepada rakyat Malaysia merasai vibes di Greece tanpa perlu menempuh perjalanan jauh dan mahal ke luar negara.
Tiket masuk ke Cameron Santorini ini adalah sebanyak RM40 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun. Tarikan ini beroperasi setiap hari dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang dan anda bolehlah ke sini jika ke Cameron Highlands.