Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam menerima duta dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) buat pertama kalinya dalam sejarah kedua negara selepas mengikat perjanjian hubungan dua hala.
Duta Besar UAE, Mohamed Al Khaja, tiba di Israel pada Isnin pagi waktu tempatan dan menyampaikan tauliah pelantikannya kepada Presiden Israel Reuvan Rivlin semasa upacara di Yerusalem.
UAE adalah negara pertama yang bersetuju untuk menjalinkan hubungan diplomatik secara penuh dengan negara Yahudi di bawah Perjanjian Abraham, sebuah perjanjian yang dibiayai oleh bekas presiden AS Donald Trump.
Perjanjian itu menjadikan UAE sebagai negara ketiga dari negara Arab yang menjalinkan hubungan rasmi dengan Israel.
Sebelum ini, 2 negara dari wilayah yang sama secara rasmi menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel, iaitu Mesir pada tahun 1979 dan Jordan pada tahun 1994.
Bagi kebanyakan orang, perjanjian itu dilihat merosakkan konsensus Arab yang telah lama wujud. Dalam perjanjian Arab dinyatakan bahawa tidak akan ada hubungan baik dengan Israel hingga kesepakatan damai dicapai antara Israel dan Palestin.
Khaja dalam kenyataan berkata bahawa dia berharap agar misi bersejarah dan hubungan dua hala di antara UAE dan Israel akan berlangsung dengan jayanya.
Mengingat sejarah pelantikannya, Khaja mengatakan bahawa dia “sangat bangga dan merasa hormat menjadi duta UAE pertama ke Israel”.
“Misi saya di sini adalah untuk membina dan mengembangkan hubungan ini,” kata Khaja, seperti yang dilaporkan oleh Barrons.
“Kami berharap ini akan membawa keamanan dan kesejahteraan bagi masyarakat Timur Tengah,” katanya.
UAE rombak sistem perundangan, kini boleh minum arak dan tinggal bersama walaupun belum berkahwin. Klik pautan di bawah untuk membaca.
UAE Rombak Sistem Perundangan, Kini Boleh Minum Arak Dan Tinggal Bersama Walaupun Belum Berkahwin