Usahawan Datuk Khazrul Elzey tampil menjelaskan bahawa pertunangan dia dengan Zarina Anjoulie sebenarnya kisah rekaan.

Pasangan tersebut seringkali menggunakan nama panggilan manja papa dan mama antara mereka.

Baca Juga:

Malangnya, hubungan pertunangan hanya rekaan mereka semata mata. Enggan terus menipu netizen, Khazrul tampil menjelaskan sendiri tentang kisah ‘pertunangan’ mereka, sebaik sahaja dia pulang daripada mengerjakan umrah baru baru ini.

Khazrul mengakui menjadi semakin tidak selesa menipu netizen yang sentiasa mendoakan agar dia dan Anju mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, kisah pertunangan itu sengaja direka agar Zarina Anjoulie kembali menaikkan namanya dalam industri hiburan.

Bercakap kepada Mstar Online, Datuk Khazrul menyatakan: “Sebenarnya, tentang pertunangan ini hanyalah satu rancangan Anju [Zarina Anjoulie] bagi melonjakkan kembali namanya.

“Setelah enam bulan dia putus tunang, dia kembali memujuk saya membantunya. Jadi saya tolonglah dia sebab saya sayangkannya.”

Enggan menyalahkan sesiapa, Khazrul menegaskan bahawa kini dia sudah memutuskan untuk menghentikan segala penipuan yang mereka buat.

Seterusnya, hubungan mereka banyak halangannya termasuk tidak mendapat restu daripada ibu Zarina Anjoulie.

Dan dia juga enggan mempunyai sebarang kaitan lagi dengan pelakon itu. Sambil menegaskan bahawa hubungan mereka berdua sangat toksik.

Khazrul akur bahawa jodoh antara dia dan Anju mungkin tiada.

Khazrul memberikan amaran kepada Zarina Anjoulie agar tidak mengheret namanya lagi dalam sebarang kontroversi selepas ini.

Ini kerana perbuatan itu ternyata memberikan impak negatif kepada dia sebagai seorang usahawan.

“Misalnya, ada satu kes Anju dengan seorang pelakon yang bercakap perkara mengarut, perkara itu mendapat liputan media.

“Bos bos saya semua ada media sosial dan mereka tahu kontroversi yang berkaitan dengan Anju.

“Mereka bertanya kepada saya tentang apa yang berlaku dan saya perlu jelaskan semuanya, jadi perkara itu tidak baik untuk saya dan kerjaya saya,” tuntas beliau.