Jutawan Singapura, Peter Lim dilaporkan enggan menjual kelabnya iaitu Valencia kepada kapten sekaligus bintang Al-Nassr iaitu Cristiano Ronaldo.

Sebelum ini, muncul laporan yang mengatakan Ronaldo bakal menjadi pemilik Valencia ekoran memiliki hubungan yang baik dengan Peter Lim selain mendapat sokongan dari keluarga diraja Arab Saudi.

Baca Juga:

Keluarga Peter Lim Komited Terhadap Valencia

Lim yang mempunyai pegangan majoriti dalam kelab Sepanyol itu sejak 2014 mengesahkan komitmen jangka panjang keluarganya dengan melantik anaknya, Kiat Lim sebagai presiden kelab.

Presiden yang akan bersara, Chan Lay Hoon menyifatkan keputusan itu sebagai bukti yang kuat mengenai penglibatan berterusan pemilik itu dengan Valencia.

Peter Lim Valencia
Owner of Valencia CF Peter Lim (L) and his wife Cherie Lim attend during the La Liga game between Valencia CF and Getafe CF at Mestalla on April 18, 2018 in Valencia, Spain (Photo by David Aliaga/NurPhoto) (Photo by David Aliaga / NurPhoto / NurPhoto via AFP)

“Saya berbesar hati untuk menyerahkan tugas kepada Kiat Lim, yang merupakan anak kepada pemegang saham utama kami.

“Pelantikan ini adalah pengesahan kukuh komitmen berterusan pemegang saham (Peter) terhadap kelab dan masa depannya,” kata Lay Hoon.

Dari kem Ronaldo, bekas ejen kepada pemain itu iaitu Jorge Mendes menafikan kapten skuad kebangsaan Portugal itu bakal membeli atau membuat pelaburan dalam Valencia.

Peter Lim Valencia
Kredit Foto: AlNassr Saudi Club

Bintang berusia 40 tahun itu sedang memburu gol ke-1000 dalam karier profesional beliau. Ketika ini, bekas pemain Real Madrid dan Juventus itu kini telah menjaringkan 931 gol dalam semua perlawanan.

Ronaldo, bagaimanapun, berkata selepas perlawanan bahawa rekod individu tidak menjadi motivasi dan dia lebih fokus untuk menjadikan pasukannya menang.

“Usaha berpasukan adalah penting untuk kemenangan ini dan saya menjaringkan gol adalah penting tetapi lebih penting untuk menang,” katanya.

Ronaldo tidak bercadang untuk menceburi bidang kejurulatihan selepas beliau bersara nanti.

“Menjadi jurulatih tidak masuk akal kerana jika saya berpeluang menjadi pemilik, kenapa saya perlu menjadi jurulatih atau pengarah sukan atau CEO.

“Itulah impian saya, dan saya pasti saya akan mencapainya. Malah, saya akan memberitahu anda lebih lanjut: Saya harap tidak hanya mempunyai satu kelab tetapi beberapa kelab,” jelasnya.