Seorang lelaki mencuri tumpuan netizen apabila memberitahu dalam satu videonya di mana dia mahu menjual sebuah peti ais lama pada harga RM20,000.
Menerusi perkongsian video TikTok @abang_mat2023, dia menyatakan peti ais itu sudah berada dengannya sejak dia berusia setahun lagi.

Baca Juga:
- Bermula Dengan Peti Ais Rosak Sebagai Tempat Peram, ‘Boss Susu’ Kongsi Kisah Mengapa Mereka Jual Yogurt Farm Fresh
- ‘Influencer’ Ini Dedah Peti Ais SMEG Bukan Asli, Hanya Sekadar Tempah Logo Dan Pembalut
- Cuai Tidak Ikat Muatan Dengan Kemas, Peti Ais Terjatuh Daripada Trak Pikap Di Lebuhraya
Peti ais itu masih berfungsi dengan baik dan tidak pernah ditambah gas.
“Siapa nak beli, nak letak dekat muzium negeri, contact Abang Mat. Saya jual dengan harga RM20,000,” jelasnya.
@abang_mat2023 Hidup di kampung penuh cabaran, namun dengan ketabahan dan semangat, kita mampu menghadapinya. Setiap ujian adalah langkah menuju kejayaan, dan Allah sentiasa bersama kita. Terus berdoa dan percayalah, setiap kesukaran akan ada jalan keluar. #inspirasidariabangmat #jhjk #tiktokmalaysia #fyp
Pada penghujung video dia kongsikan beberapa kata-kata motivisi kepada para penonton.
Video yang mendapat lebih 1 juta tontonan itu membuatkan ramai yang tertanya bagaimana lelaki itu terfikir untuk menjual peti ais lama dengan harga setinggi itu.
Rata-rata ramai menyatakan harga tersebut tidak masuk akal dengan keadaan peti ais tersebut yang nampak uzur sekali.
Dalam pada itu, ada warganet yang berkongsi pengalaman masing-masing di mana ada perkakasan rumah yang dibeli ibu ayah mereka pada belasan-puluhan tahun lalu masih boleh digunakan dengan baik sehinggalah ke hari ini.