Legenda Arsenal, Emmanuel Petit berpendapat bahawa The Gunners memerlukan tiga lagi pemain baharu sekiranya mahu merapatkan lagi jurang untuk menyaingi juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Dua musim berturut-turut usaha keras Arsenal digagalkan oleh ‘ketenangan’ Manchester City yang menyerap tekanan dengan baik untuk menjulang trofi EPL.

Baca Juga:

Sambil memuji barisan pemain yang dimiliki Mikel Arteta pada ketika ini terutamanya Kai Havertz, Petit dalam masa sama menggesa supaya kelab tersebut membawa masuk tiga pemain baharu.

“Arsenal masih memerlukan seorang lagi pemain penyerang. Walaupun Kai Havertz beraksi dengan cemerlang ketika bertemu Wolves, dia boleh bermain bersama dengan penyerang lain.”

“Dia sangat gembira berada dalam pasukan ini, persekitaran pasukan memang benar-benar membantunya dan dia bermain dengan ramai rakan-rakannya,” ujar Petit menurut sumber laporan Goal.

“Walaupun begitu, Arsenal perlu untuk memenangi trofi pada musim ini, mereka perlu membeli seorang pemain penyerang untuk membawa mereka kepada kejayaan tersebut.”

“Arsenal perlu menambah lebih pemain dalam skuad untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan Manchester City masih mempunyai tahap yang perlu untuk mereka capai. Mereka menambah Savinho, dilihat cukup cemerlang dan merupakan pasukan yang perlu untuk ditewaskan.”

“Saya merasakan tahun ini akan menjadi tahun buat Arsenal, mereka terus meningkat tahun demi tahun dan mengikut keadaan semasa, jurang antara Arsenal dan Manchester City hampir tidak ada.”

“Arsenal memerlukan pemain sayap, penyerang dan pemain tengah untuk meningkatkan peluang mereka untuk memenangi liga,” tambah Petit lagi.