Syarikat petroleum kebanggaan negara, Petronas cukup sinonim dengan menjadi penaja untuk acara-acara perlumbaan bertaraf antarabangsa seperti pasukan sukan Formula 1 dan MotoGP.
Baru-baru ini Petronas dilaporkan akan menarik diri daripada menjadi penaja pasukan Sepang Racing Team (SRT) untuk acara Moto2 dan Moto3. Sebaliknya hanya menumpukan pada acara MotoGP bermula 2022 nanti, lapor portal Autosport.
Petronas will no longer be @sepangracing's title sponsor in @MotoGP next year, as its #Moto2 and #Moto3 teams are set to be axed.
Story: https://t.co/utACE6uKs3
— Autosport (@autosport) August 12, 2021
Pasukan SRT untuk peringkat MotoGP baru-baru ini menghadapi beberapa ‘isu dalaman’ di mana pelumba semasa, Franco Morbidelli akan berpindah ke pasukan Yamaha Factory bagi menggantikan Maverick Vinales yang akan berehat untuk musim panas sementara pelumba kedua Valentino Rossi telah mengumumkan pengunduran dirinya dari sukan pemotoran ini.
Ternyata berita ini menggemparkan peminat-peminat sukan pemotoran di seluruh dunia. Namun pasukan SRT mampu menyelesaikan perkara ini dengan profesional dan bersaing semula dalam acara perlumbaan akan datang.
Pada tahun lalu teka-teki pasukan mana Valentino Rossi akan masuk untuk MotoGP 2021 telah terjawab. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.
Petronas SRT Tidak Tolak Kemungkinan Bergabung Dengan Valentino Rossi Di MotoGP
Giliran Bahasa Melayu Buat Kemunculan Di MotoGP Selepas Pelumba Dan Pasukan Dari Malaysia