Hujung minggu lalu telah berlangsungnya perlumbaan Moto GP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang. Di sebalik kemeriahan perlumbaan Moto GP, terdapat banyak insiden yang berlaku sepanjang acara tersebut diadakan. Bermula kes kecurian barang persiapan Angel Nieto serta kemalangan sehiggalah kepada kemalangan meragut nyawa Afridza Munandar yang merupakan pelumba dari Indonesia.

Baru-baru ini tular pula video pergaduhan yang berlaku diantara seorang penonton dari Indonesia dengan petugas yang berada di Pintu Utama Grandstand SIC tersebut. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada jam 3.45 petang semalam.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Dapat dilihat menerusi video yang berdurasi 24 saat itu, dimana seorang lelaki warga Indonesia menyerang petugas di Pintu Utama Grandstand SIC . Keadaan menjadi lebih teruk apabila petugas yang lain yang berada disitu turut datang memukul lelaki tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, pergaduhan tersebut dipercayai berpunca apabila suspek bertindak menendang pagar di situ. Mangsa yang ketika itu sedang bertugas di pintu tersebut menegur tindakan suspek itu. Berang dengan teguran itu, suspek bertindak menyerang mangsa.

Beliau turut berkata, susulan daripada insiden berkenaan, mangsa menerima lima jahitan dan suspek terbabit ditahan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Insiden berkenaan menarik perhatian netizen di Malaysia. Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki warganegara Indonesia tersebut yang dikatakan tidak menghormati rakyat kita.

Ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan petugas-petugas yang berada di situ kerana tidak meredakan keadaan sebaliknya membuatkan insiden itu menjadi lebih teruk lagi.

Kami kongsikan kepada anda sebuah lagi insiden yang berlaku pada minggu di Litar Sepang. Turut dikongsikan, cubaan ragut ‘rider’ Foodpanda palsu yang mengundang kecaman netizen. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Barangan Persiapan Pasukan Ángel Nieto Dicuri Di Sepang, Sky Racing VR46 Tampil Membantu

Gagal Cubaan Ragut, Netizen Kecam ‘Rider’ Foodpanda Palsu Ini

Sumber