Bandar Christchurch, New Zealand kini sedang dalam ‘darurat’ selepas serangan pengganas di masjid sebelum solat Jumaat sebentar tadi. Laporan tidak rasmi melaporkan 40 orang terbunuh dalam insiden tersebut. Pengganas berkenaan merakam secara ‘live’ perbuatan beliau dan klip berkenaan sudah tersebar di laman sosial.
Umum sudah mengetahui ‘perlumbaan’ PewDiePie dan channel dari India, T-Series ketika ini bersaing untuk menjadi channel dengan subscribers paling ramai. Namun, dalam video live pengganas berkenaan, beliau telah memetik nama PewDiePie di dalam videonya.
Pengganas tersebut, Brenton Tarrant dalam videonya menyebut ‘subscribe to PewDiePie’ kepada sesiapa yang menonton video bunuh beliau.
https://twitter.com/Brianthomass64/status/1106430231731146752
Menerusi akaun rasmi PewDiePie, beliau sangat kecewa nama beliau disebut oleh Brenton dan beliau langsung tidak menyokong apa yang dilakukan oleh pengganas berkenaan.
https://twitter.com/pewdiepie/status/1106419935390171136
Ianya satu insiden yang tidak boleh dimaafkan dan ketika kini, pengganas berkenaan masih dalam buruan polis. Agak menyedihkan kerana media luar negara masih tidak melabelkan Brenton sebagai pengganas dan hanya merujuk beliau sebagai mad gunman (penembak gila) dan bukannya terrorist. Sama-sama kita doakan keselamatan semua yang berada di Christchurch ketika ini.