Tentu saja, acara kali ini tidak lengkap tanpa kehadiran iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max! Kedua-dua model ini mencuri perhatian dengan rekaan kamera belakang yang serba baharu, di samping pelbagai penaiktarafan spesifikasi dan rekaan dalaman.

iPhone 17 Pro dan Pro Max

iPhone 17 Pro & Pro Max Tampil Rekaan 'Fresh' Serta Teknologi Penyejukan Canggih Dijual Harga Cecah RM9,999
Sumber Gambar: Apple

iPhone 17 Pro dan Pro Max kini hadir dengan paparan yang luar biasa! iPhone 17 Pro menampilkan skrin Super Retina XDR 6.3 inci, sementara model Pro Max yang lebih besar hadir dengan skrin 6.9 inci.

Kedua-dua model menawarkan pengalaman visual yang lancar dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan mencapai 3000 nits. Di bawahnya, tersemat cip Apple A19 Pro, nadi utama yang menjadikannya iPhone paling berkuasa pernah dicipta.

Dengan cip rangkaian N1 yang direka khas, barisan iPhone 17 kini jauh lebih canggih. Cip ini bukan sahaja membolehkan sambungan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6 yang lebih pantas, malah turut meningkatkan prestasi ciri seperti Personal Hotspot dan AirDrop untuk pengalaman yang lebih lancar.

iPhone 17 Pro dan Pro Max kini tidak hanya cantik di luar, malah juga canggih di dalam. Apple kini melengkapkan kedua-dua model dengan sistem penyejukan ‘vapor chamber’ rekaan mereka sendiri, yang direka khusus untuk memastikan prestasi sentiasa di tahap optimum.

Untuk fotografi, siri ini dilengkapi tiga sensor kamera belakang 48MP, iaitu kamera utama, ultra-lebar, dan telefoto. Gabungan ini membolehkan pengguna mengambil gambar dengan zum optikal sehingga 8x. Di bahagian hadapan, ia menampilkan kamera swafoto 18MP.

Direka khas untuk pengguna “Pro”, iPhone 17 Pro dan Pro Max menawarkan ciri rakaman video yang canggih, termasuk format ProRes RAW, Log 2, dan genlock. Ia juga membolehkan rakaman video 4K pada 120fps. Selain itu, baterinya boleh dicas dengan pantas, mencapai 50% hanya dalam 20 minit.

iPhone ini juga dilengkapi iOS 26 yang menampilkan antaramuka Liquid Glass yang elegan, bersama integrasi penuh dengan Apple Intelligence.

iPhone 17 Pro & Pro Max Tampil Rekaan 'Fresh' Serta Teknologi Penyejukan Canggih Dijual Harga Cecah RM9,999
Sumber Gambar: Apple

Di Malaysia, anda boleh mula membuat pra-tempahan pada 12 September 2025, manakala jualan rasmi bermula 19 September 2025.

Harga permulaan untuk iPhone 17 Pro (256GB) adalah RM5499. Bagi iPhone 17 Pro Max, harganya bermula RM5999, dengan pilihan storan baharu sehingga 2TB yang berharga RM9999.