Saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi merupakan tugasan terakhir ketua jurulatih, Pau Marti Vicente bersama skuad Harimau Malaya.
Marti berkata demikian dalam satu pengumuman yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di laman media sosial rasmi badan itu baru-baru ini.
Baca Juga:
- Previu Kumpulan A: Thailand Sasar Gelaran Ke-8 Piala AFF
- Hamidin Umum Tak Pertahankan Jawatan Presiden FAM
- Esteban Solari Tinggalkan Eveton, Bakal Kendalikan Harimau Malaya?
“Saya ingin memaklumkan bahawa Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.
Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 Tugasan Terakhir Saya
▶️ Baca penuh di https://t.co/1rDt21kGlm
—-
ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 Will Be My Last Tournament
▶️ Read more at https://t.co/1rDt21kGlm@pauvicentem#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/O5Z5Zhx5KX
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 5, 2024
“Keputusan ini dibuat susulan komunikasi dengan FAM, berhubung penstrukturan semula Pengurusan Pasukan Kebangsaan. Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula ini, ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu akan dilantik untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 mulai tahun depan.
“Berikutan itu, saya dan barisan kejurulatihan akan menamatkan perkhidmatan kami bersama skuad Harimau Malaya pada akhir kempen Piala Mitsubishi Electric ASEAN.
“Adalah satu yang menyeronokkan untuk meneruskan perjalanan ini bersama-sama, kerana kami telah mengharungi tiga tahun yang menakjubkan di Malaysia yang dipenuhi dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Walaupun ia tidak akan mungkin, Pasukan Kebangsaan kita akan terus bermain untuk mempertahankan maruah Malaysia.
“Saya mahu pemain, terutamanya prospek muda menikmati kejohanan ini dan suasana luar biasa di Bukit Jalil bersama penyokong kami. Mendapat sokongan mereka akan menjadi penghargaan terbesar kepada kami. Saya memberi jaminan bahawa penyokong akan menikmati aksi pasukan dalam kejohanan terakhir kami ini.
“Marilah kita bersama-sama dan berikan yang terbaik untuk pasukan ini,” katanya.
Antara jurulatih yang dikaitkan dengan skuad Harimau Malaya ialah bekas pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Esteban Solari dimana beliau sudah bergelar ejen bebas selepas meninggalkan kelab Chile.
Pau Marti dipilih sebagai pengganti selepas Kim Pan-gon meninggalkan pasukan negara pada Julai lalu.