Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher dilabel sebagai ‘ignorant’ selepas menganggap kejohanan Piala Negara Afrika sebagai satu kejohanan yang tidak penting.

Carragher berkata demikian dimana beliau menganggap Piala Negara Afrika tidak penting dan memenangi kejuaraan itu tidak akan membantu Mohamed Salah memenangi trofi Ballon d’Or.

Baca Juga:

Rio Ferdinand Sound Jamie Carragher

Seorang lagi bekas pemain EPL iaitu Rio Ferdinand nyata tidak bersetuju dengan kenyataan Carragher dimana beliau menganggap legenda Liverpool itu sebagai jahil.

Jamie Carragher
Rio Ferdinand

“Saya rasa itu pemikiran yang jahil kerana jika anda pergi ke Didier Drogba, Abedi Pele, Samuel Eto’o dan ke pemain sekarang seperti Riyad Mahrez, Mohamed Salah dan Sadio Mane, mereka akan memberitahu mereka mahu menang.

“Ia adalah permintaan dari negara mereka untuk memenanginya. Ya, ia tidak mendapat sokongan dari segi sumber seperti Euro dan lain-lain, tetapi itu tidak bermakna anda perlu menurunkan nilainya.

“Afrika adalah benua yang mempunyai kuasa besar dan benua yang menyumbang kepada bola sepak Eropah melalui pemain secara besar-besaran, secara besar-besaran,” kata Ferdinand.

Jamie Carragher Tak Puas Hati Dipanggil Jahil

Carragher nyata ‘panas punggung’ ketika dipanggil jahil oleh Ferdinand dimana beliau terus melabel bekas rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan England itu dengan panggilan badut.

“Saya tidak mengatakan seperti itu wahai badut, berhenti bermain sentimen seperti yang anda selalu lakukan,” katanya.

Selain Ferdinand, Micah Richards turut mengecam Carragher kerana menghina Piala Negara Afrika dimana beliau mengatakan ianya satu kejohanan yang besar dan sama taraf dengan kejohanan antara benua yang lain.

Jamie Carragher
Micah Richards

“Saya cuma cakap, AFCON ialah kejohanan utama. Ramai orang akan berkata mereka memandang serius perkara itu. AFCON ialah kejohanan utama, untuk pengetahuan anda,” kata bekas bintang Manchester City itu.

Peminat di laman X turut mengecam Carragher dimana mereka menganggap seorang pemain yang tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan di peringkat antarabangsa tidak sepatutnya bercakap mengenai prestij sesebuah kejohanan.

Untuk makluman, selain tidak pernah menang Piala Dunia ataupun UEFA Euro, Carragher juga tidak pernah menang Liga Perdana Inggeris.