Media Indonesia mula mempersendakan pasukan Malaysia selepas mengalami kekalahan kedua dalam aksi peringkat kumpulan E temasya Piala Asia 2023 di tangan Bahrain baru-baru ini.

Perseteruan antara dua negara sememangnya membuatkan masing-masing peminat dan media menunggu keputusan perlawanan pasukan lawan dalam temasya edisi kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Indonesia terlebih dahulu mencatat kemenangan ketika mereka bertemu Vietnam dimana skuad bimbingan Shin Tae-yong memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0.

Sepakan penalti Ansawi Mangkualam pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada skuad Garuda dan menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Nasib berbeza dialami oleh Malaysia dimana skuad bimbingan Kim Pan-gon mengalami kekalahan tipis 1-0 menerusi jaringan tunggal Ali Madan pada masa kecederaan sekaligus menyingkirkan pasukan negara dari temasya Piala Asia 2023.

Kekalahan ini disambut baik oleh media seberang dimana ada media yang mula ‘troll’ pasukan negara kerana masih gagal mengutip sebarang mata dalam saingan peringkat kumpulan.

Indonesia masih berpeluang untuk mara ke pusingan 16 pasukan terakhir dimana mereka perlu mencatat kemenangan ke atas Jepun pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Malaysia ketika ini hanya menunggu untuk aksi menentang Korea Selatan pada 25 Januari ini sebagai pelengkap jadual peringkat kumpulan.

Selepas tamat tugasan di Piala Asia 2023, pasukan negara perlu memberi sepenuh tumpuan terhadap aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bagi memastikan pasukan negara layak ke temasya seterusnya di Arab Saudi.