Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi menganggap ramai yang menjadi Pep Guardiola ekoran kekalahan pasukan negara di tangan Bahrain dalam aksi peringkat kumpulan E temasya Piala Asia 2023 Qatar baru-baru ini.

Malaysia tewas tipis dengan jaringan 1-0 sekaligus tersingkir dari temasya kali ini selepas mengalami dua kelalahan dimana sebelumnya pasukan negara tewas kepada Jordan dengan keputusan 4-0.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Oleh itu, ramai peminat yang melontarkan kritikan dan segelintir dari mereka menyasarkan beberapa pemain kerana dianggap tidak menampilkan prestasi terbaik sekaligus tidak memberi impak terhadap pasukan.

Melihat kepada perkara ini, Liridon kemudiannya memberi komen mengenai peminat yang lantang memberikan kritikan di laman media sosial dengan menyatakan mereka mahu menjadi pengurus Manchester City ketika ini iaitu Pep Guardiola.

Liridon Krasniqi
Sumber Gambar: Instagram

“Ramai nak jadi Pep Guardiola hari ini,” kata Liridon Krasniqi.

Antara pemain yang menerima kritikan hebat dari peminat ialah Natxo Insa dimana kebanyakan dari mereka menganggap pemain berusia 37 tahun itu tidak membantu serta tidak memberi sebarang impak terhadap pasukan negara dalam perlawanan tersebut.

Natxo kemudiannya menegaskan beliau sedaya upaya cuba membantu pasukan negara ketika perlawanan menentang Bahrain.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon ketika ini hanya menunggu untuk aksi menentang Korea Selatan pada 25 Januari ini sebagai pelengkap jadual peringkat kumpulan.

Setakat dua perlawanan, Malaysia gagal mengutip sebarang mata selain gagal menjaringkan gol dan dibolosi dengan lima jaringan.