Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang julung kali diadakan bakal bermula pada 10 Mei ini bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Malaysia yang membariskan skuad terkuat bakal beraksi dalam ke empat-empat acara dipertandingkan iaitu regu, double, quadrant dan berpasukan.
Baca Juga:
- Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025
- Luciano Guaycochea Teruja Tonton Aksi STL 2024, Anggap Sepak Takraw Sukan Yang ‘Gila’
- Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Pesta Malaysia Berterusan, Skuad Regu Pula Raih Juara
Bakal mendapat sokongan padu para penyokong sepaktakraw tanah air, ia pasti menjadi tonik berguna buat skuad kendalian Ahmad Jais Baharun untuk tampil cemerlang pada setiap perlawanan.
Berbekalkan pengalaman luas di pentas antarabangsa serta kombinasi pemain muda dan berpengalaman, skuad negara dijangka mampu memberi saingan sengit buat Thailand.
Ia pernah dilakukan oleh barisan pemain negara ketika menewaskan Thailand dalam acara regu dan doubles pada aksi Piala Dunia ISTAF 2024, juga di Stadium Titiwangsa.
Berikut merupakan jadual penuh buat skuad negara bagi keempat-empat acara dalam Piala Asia 2025:
Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025
10 Mei 2025 (Sabtu)
1) Malaysia lawan Nepal – Double – 2.00 Petang – Gelanggang 1
2) Malaysia lawan China – Quadrant – 3.30 Petang – Gelanggang 1
3) Malaysia lawan Filipina – Quadrant – 8.00 Malam – Gelanggang 1
4) Malaysia lawan Thailand – Double – 9.30 Malam – Gelanggang 1
11 Mei 2025 (Ahad)
1) Malaysia lawan Jepun – Quadrant – 3.30 Petang – Gelanggang 1
2) Malaysia lawan Chinese Taipei – Double – 5.00 Petang – Gelanggang 1
12 Mei 2025 (Isnin)
Separuh Akhir 1 dan 2 – Quadrant – 12.00 Tengah Hari
Separuh Akhir 1 dan 2 – Double – 2.00 Petang
Akhir – Quadrant – 8.00 Malam
Akhir – Double – 9.30 Malam
13 Mei 2025 (Selasa)
1) Malaysia lawan Nepal – Regu – 2.00 Petang – Gelanggang 1
2) Malaysia lawan Singapura – Regu – 8.00 Malam – Gelanggang 1
14 Mei 2025 (Rabu)
1) Malaysia lawan Filipina – Regu – 12.30 Tengah Hari – Gelanggang 1
Suku Akhir (sekiranya Malaysia naib juara kumpulan) – Regu – 8.00 Malam
Suku Akhir (sekiranya Malaysia juara kumpulan) – Regu – 9.30 Malam
15 Mei 2025 (Khamis)
Separuh Akhir (sekiranya Malaysia naib juara kumpulan) – Regu – 12.00 Tengah Hari
Separuh Akhir (sekiranya Malaysia juara kumpulan) – Regu – 2.00 Petang
Akhir – Regu – 8.45 Malam
16 Mei 2025 (Jumaat)
1) Malaysia lawan Brunei – Berpasukan – 9.00 Pagi – Gelanggang 1
2) Malaysia lawan Jepun – Berpasukan – 8.00 Malam – Gelanggang 1
17 Mei 2025 (Sabtu)
1) Malaysia lawan Korea Selatan – Berpasukan – 3.00 Petang – Gelanggang 1
18 Mei 2025 (Ahad)
Separuh Akhir 1 dan 2 – Berpasukan – 10.00 Pagi
Akhir – Berpasukan – 4.00 Petang