Alireza Beiranvand muncul wira Iran apabila mempamerkan aksi luar biasa untuk membantu negaranya mengikat Belgium 0-0 dalam aksi Kumpulan G Piala Dunia 2026 di SoFi Stadium, Los Angeles.
Penjaga gol berusia 33 tahun itu menjadi watak utama perlawanan dengan beberapa siri penyelamatan penting yang menggagalkan usaha Belgium untuk meraih kemenangan pertama mereka di kejohanan ini.
Sejak wisel pertama, Belgium lebih banyak menguasai permainan menerusi Kevin De Bruyne, Leandro Trossard dan Romelu Lukaku.
Namun setiap kali mereka berjaya menembusi benteng Iran, Beiranvand sentiasa berada di posisi terbaik untuk menafikan peluang tersebut.
Persembahannya yang tenang dan penuh keyakinan memberikan inspirasi kepada barisan pertahanan Iran untuk terus bertahan dengan disiplin tinggi.
Iran sendiri hampir mengejutkan Belgium apabila Mehdi Taremi berjaya menjaringkan gol pada babak pertama, namun jaringan itu dibatalkan kerana ofsaid yang sangat tipis.
Pasukan bimbingan Amir Ghalenoei turut mencipta beberapa serangan balas berbahaya, membuktikan mereka bukan sekadar datang untuk bertahan.
Alireza Beiranvand kemudian melakukan satu aksi penyelamatan luar biasa. Dalam kedudukan dia sudah terbaring selepas menepis bola pertama dia masih mampu menghadang percubaan lawan dengan tangannya yang sangat kuat.
Ya estaba tirando en el césped y el rebote le favoreció a De Cuyper. Parecía que el gol belga era inminente, pero Alireza Beiranvand no bajó la guardia, siguió la jugada y sacó una MANO IMPRESIONANTE. Si hoy Irán logró sumar ante Bélgica fue, en muy buena medida, por la IMPERIAL… pic.twitter.com/AuvjMGHkrI
— Invictos (@InvictosSomos) June 21, 2026
Drama perlawanan memuncak pada minit ke-68 apabila pertahanan Belgium, Nathan Ngoy, dilayangkan kad merah selepas menghalang peluang jaringan jelas Iran.
Nathan Ngoy becomes the eighth player to be shown a red card at the 2026 World Cup.
The Belgium defender hauls down Mehdi Taremi following his weak pass towards the goalkeeper, and is sent off for his efforts.
It remains goalless, but Iran now have a man advantage in Los… pic.twitter.com/dikQAFkCuq
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) June 21, 2026
Bermain dengan kelebihan seorang pemain, Iran cuba mencari gol kemenangan tetapi Thibaut Courtois turut cemerlang di gawang Belgium.
Walaupun keputusan seri tanpa jaringan mungkin kelihatan hambar di atas kertas, aksi Beiranvand menjadikan perlawanan ini sesuatu yang istimewa. Ketika Belgium gagal memanfaatkan penguasaan bola mereka, penjaga gol Iran itu membuktikan mengapa beliau layak dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Di mana dia melakukan 7 penyelamatan dalam perlawanan ini.
Another day, another goalkeeper playing out of their skin at the World Cup 🤯👏 Take a bow, Iran's Alireza Beiranvand 🇮🇷
The 33-year-old, who plays for Azerbaijani side Tractor SC made SEVEN saves to keep a clean sheet vs Belgium 🚫
We wonder how many followers he'll have on… pic.twitter.com/xC0OqYlTTX
— OneFootball (@OneFootball) June 21, 2026
Keputusan ini menyaksikan Belgium terus bergelut selepas turut seri 1-1 dengan Mesir dalam aksi pembukaan, manakala Iran mengutip satu lagi mata berharga untuk terus menghidupkan peluang mereka mara ke pusingan kalah mati.