Impian Jerman untuk melangkah jauh dalam Piala Dunia 2026 musnah selepas tewas 3-4 menerusi penentuan penalti kepada Paraguay dalam aksi pusingan 32 terbaik di Boston.
Untuk aksi 120 minit, kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Jerman dominan namun membazir peluang
Jerman menguasai hampir 80 peratus penguasaan bola sepanjang perlawanan, namun gagal memecahkan benteng kebal Paraguay yang bertahan dengan cukup berdisiplin sambil menunggu peluang melakukan serangan balas.
Jerman banyak melakukan serangan dan ciptaan peluang namun mereka tidak memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaiknya.
Ketika Jerman terus buntu, Paraguay mencuri kelebihan pada minit ke-42 apabila Julio Enciso menanduk masuk hasil gerakan daripada situasi sepakan penjuru, sekali gus meletakkan wakil Amerika Selatan itu di hadapan sebelum rehat.
๐ต๐พ Julio Enciso in four matches at this World Cup:
โฝ๏ธ vs. Germany
๐ ฐ๏ธ vs. Turkey
๐ ฐ๏ธ vs. United StatesHe has just made history by becoming the first Paraguayan to EVER score in a World Cup knock-out match and it's against Germany. ๐คฏ๐ pic.twitter.com/5w9vCauMVy
— Football Tweet โฝ๎จ (@Footballtweet) June 29, 2026
Skuad kendalian Julian Nagelsmann bangkit pada babak kedua apabila Kai Havertz menyamakan kedudukan menerusi tandukan kemas hasil hantaran Florian Wirtz pada minit ke-54, menghidupkan semula harapan penyokong Jerman.
๐ Kai Havertz has become the 11th player currently on 3 goals at the World Cup:
๐ฉ๐ช Undav
๐ฉ๐ช Havertz
๐จ๐ญ Manzambi
๐ธ๐ณ Ismaรฏla Sarr
๐ณ๐ฑ Brobbey
๐ฒ๐ฆ Saibari
๐จ๐ฉ Wissa
๐ง๐ท Cunha
๐จ๐ฆ David
๐ณ๐ฟ Just
๐ด๓ ง๓ ข๓ ฅ๓ ฎ๓ ง๓ ฟ KaneThe race for the Golden Boot is incredible. pic.twitter.com/LMlundwjFp
— Football Tweet โฝ๎จ (@Footballtweet) June 29, 2026
Jerman menyangka mereka sudah memperoleh gol kemenangan dalam masa tambahan menerusi Jonathan Tah, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan VAR mendapati berlaku kekasaran terhadap penjaga gol Paraguay, Orlando Gill.
Keputusan itu memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.
Gill wira Paraguay
Dalam penentuan tersebut, Orlando Gill muncul wira apabila menyelamatkan sepakan Nick Woltemade sebelum Jonathan Tah pula gagal menyempurnakan sepakan berikutnya.
๐จ๐งค Orlando Gill vs. Germany:
ยท 6 saves
ยท 4 saves from inside the box
ยท 1 punch
ยท 3 high claims
ยท 2 penalty shootout saves pic.twitter.com/7mlNOrOLFD— The Touchline | ๐ (@TouchlineX) June 29, 2026
Jose Canale kemudian tenang menyempurnakan penalti terakhir untuk menghadiahkan kemenangan dramatik kepada Paraguay.
Satu lagi fakta yang agak menarik, Paraguay menjadi pasukan pertama menang dalam penentuan sepakan penalti berdepan Jerman di Piala Dunia.
Penyingkiran ini pastinya sukar diterima peminat Jerman yang turut mengkritik persembahan pasukan mereka selepas kekalahan di tangan Ecuador sebelum ini.
Selepas menjuarai Piala Dunia 2014, Jerman melalui kempen Piala Dunia yang buruk selepas itu, gagal melayakkan diri ke peringkat 16 akhir dalam 3 edisi berikutnya.
โช๏ธ2014: Champions ๐
โช๏ธ2018: Group stage โ
โช๏ธ2022: Group stage โ
โช๏ธ2026: Round of 32 โGermany havenโt been the same at the World Cup since they won it in 2014 ๐ฌ pic.twitter.com/mIli2RfPUB
— ESPN UK (@ESPNUK) June 29, 2026