Peminat bola sepak di seluruh dunia mula menyuarakan kerisauan mereka mengenai temasya Piala Dunia 2026 yang bakal diadakan di tiga negara iaitu Amerika Syarikay, Kanada dan Mexico.

Baru-baru ini, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah ditembak ketika sedang berucap pada perhimpunan calon di Pennsylvania.

Baca Juga:

Calon presiden dari parti Republikan itu dilihat mengangkat penumbuk melaungkan sesuatu kepada rakyat ketika diiringi ke kenderaan oleh Perkhidmatan Rahsia negara.

Kejadian ini lantas mendapat perhatian peminat bola sepak dimana mereka berpendapat Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang tidak selamat untuk menganjurkan sebarang kejohanan besar.

Kerisauan ini timbul selepas beberapa negeri di negara itu membenarkan rakyatnya untuk memiliki senjata api dan sebelum ini terdapat benerapa kejadian yang mana tembakan rambang dilepaskan di sekolah sehingga menyebabkan korban jiwa.

Perkara ini membuatkan ramai peminat risau dimana mereka yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan berisiko untuk ditembak pada bila-bila masa.

Selain itu, ramai yang menganggap Amerika belum sedia untuk menganjurkan kejohanan besar selepas beberapa insiden pergaduhan yang berlaku ketika temasya Copa America baru-baru ini.

Ketika perlawanan separuh akhir antara Uruguay menentang Colombia, pemain Uruguay bertumbuk dengan sekumpulan penyokong pasukan lawan dimana mereka cuba melindungi ahli keluarga yang diserang oleh penyokong mabuk.

Selain itu, pasukan keselamatan yang bertugas di stadium gagal untuk mengawal lambakan penyokong Colombia dan Argentina yang tidak mempunyai tiket yang mencuba untuk masuk ketika perlawanan akhir awal pagi tadi.

Ada segelintir penyokong kedua-dua pasukan merempuh masuk ke dalam stadium sehingga menyebabkan kekacauan sekaligus menjadi punca perlawanan itu ditunda sehingga satu jam setengah.

Apa yang pasti, Amerika Syarikat perlu mengetatkan keselamatan bagi memastikan temasya Piala Dunia 2026 nanti tidak dicemari dengan insiden yang tidak diingini.