Arab Saudi resmi dipilih oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai tuan rumah bagi temasya Piala Dunia bagi edisi 2034.
Menjadi satu-satunya negara yang membida untuk menjadi tuan rumah bagi edisi 2034, Saudi mendapat sokongan penuh dari ahli FIFA dan semua ahli bersetuju untuk memilih negara dari Timur Tengah itu sebagai tuan rumah.
Baca Juga:
- Piala Dunia 2034: FIFA Beri Markah Tinggi Kepada Arab Saudi
- Peminat Tak Percaya Tiada Nama Salah Dalam Calon Pemain Terbaik Dunia FIFA Best 2024
- Shin Tae Yong Akur Kelab Tak Lepaskan Pemain Kerana Piala AFF Tiada Dalam Kalendar FIFA
Sama seperti Qatar, Saudi turut berdepan dengan tuduhan mengenai pelanggaran hak asasi manusia dan juga sportwashing yang mana mereka dituduh menggunakan wang bagi memanipulasi sukan bola sepak di negara itu.
Perwakilan dari Switzerland Denmark memberikan sokongan kepada Saudi untuk menjadi tuan rumah namun mereka mahu negara itu untuk lebih mementingkan hak asasi manusia.
Selain pengumuman mengenai Arab Saudi, FIFA juga mengesahkan bahawa tiga negara iaitu Sepanyol, Portugal dan Morocco akan menjadi tuan rumah bersama bagi edisi 2030.
Tiga perlawanan dalam kejohanan edisi 2030 juga akan diadakan di Argentina, Paraguay dan Uruguay untuk menandakan 100 tahun kejohanan paling berprestij itu.
“Kami membawa bola sepak ke lebih banyak negara dan bilangan pasukan tidak akan menjejaskan kualiti. Ia sebenarnya meningkatkan peluang kepada negara lain untuk merasai aura Piala Dunia.
“Undian kongres adalah kuat dan jelas mengenai keputusan untuk memili tuan rumah,” kata Gianni Infantino.
Proses bidaan Arab Saudi juga mendapat sokongan daripada pemain terbaik dunia yang ketika ini beraksi di negara tersebut iaitu Cristiano Ronaldo.
“Ia menakjubkan. Infrastruktur, stadium, keadaan untuk peminat dan segala-galanya. Selepas apa yang saya lihat, saya lebih yakin bahawa 2034 akan menjadi Piala Dunia terbaik pernah diadakan,” kata Ronaldo di laman X.