Separuh Akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Malaysia vs Indonesia (Berpasukan) – [25 Mei 2024]

Skuad sepak takraw negara dijadualkan menentang Indonesia pada aksi separuh akhir acara berpasukan pada jam 8.00 malam ini.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Para peminat sukan tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Pautan Siaran langsung (Live Streaming):

  1. Astro Arena (801)
  2. Bola Rotan TV (Youtube)
  3. We Are Sepak Takraw (Youtube)
  4. Persatuan Sepak Takraw Malaysia – PSM (Youtube)

Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran Astro Arena secara Live Streaming.

Saingan dalam acara berpasukan dianggap ibu segala emas pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw. Beberapa hari lepas, skuad negara mencipta sejarah apabila berjaya menumbangkan Thailand untuk menjuarai acara double dan regu.

Pingat emas dalam acara double dan regu itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011.

Bagi acara double ia adalah kejuaraan pertama Malaysia dalam mana-mana kejohanan manakala kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand dalam acara regu ketika Siri Super ISTAF 2015 di Melaka.

26 Mei 2024 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggukan oleh para peminat sepak takraw dimana pemenang Piala Dunia akan ditentukan menerusi perlawanan akhir berpasukan yang berlangsung pada pukul 3 petang.

Buat pertama kali dalam sejarah, sistem mata ranking turut diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Ia bermakna setiap pasukan yang bertanding berpeluang meraih mata ranking dunia berdasarkan keputusan perlawanan dalam kejohanan tersebut.