Final Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Malaysia vs Thailand (Beregu & Regu) – [22 Mei 2024]

Skuad sepak takraw negara dijadualkan menentang Thailand pada aksi final acara beregu pada jam 8.00 malam ini. Kemudian kita akan menyaksikan perlawanan acara regu pada jam 9.30 malam menentang lawan yang sama.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Para peminat sukan tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Pautan Siaran langsung (Live Streaming):

  1. Astro Arena (801)
  2. Bola Rotan TV (Youtube)
  3. We Are Sepak Takraw (Youtube)
  4. Persatuan Sepak Takraw Malaysia – PSM (Youtube)

Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran Astro Arena secara Live Streaming.

Bermula esok, berlangsung acara berpasukan yang melibatkan 12 negara daripada kategori Premier.

Berikut ialah jadual penuh acara berpasukan yang akan bermula pada pukul 9 pagi.

Dua pasukan teratas dalam kumpulan masing-masing akan mara ke peringkat suku akhir dan seterusnya separuh akhir pada 25 Mei 2024.

26 Mei 2024 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggukan oleh para peminat sepak takraw dimana pemenang Piala Dunia akan ditentukan menerusi perlawanan akhir yang berlangsung pada pukul 3 petang.

Buat pertama kali dalam sejarah, sistem mata ranking turut diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Ia bermakna setiap pasukan yang bertanding berpeluang meraih mata ranking dunia berdasarkan keputusan perlawanan dalam kejohanan tersebut.