Kejohanan Dunia Sepaktakraw Piala Raja Thai 2025 yang memasuki edisi ke-38 akan bermula 22 hingga 27 Julai ini bertempat di Central Hatyai, Songkhla.
Kem Malaysia yang sudah mendarat di Hatyai mempertaruhkan barisan terkuat dengan kehadiran juara Asia iaitu Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam.
Baca Juga:
- Senarai Pemain Malaysia Beraksi Dalam Piala Raja Thai 2025

- Pemain Thailand Ini Akui Sistem Sepak Takraw Malaysia Lebih Maju Dari Negaranya Sendiri

- Halal Travel: ‘Road Trip Ke Bangkok’, Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pandu Masuk Ke Thailand

Khidmat tekong kaki kiri, Haziq Hairul Nizam turut diharapkan mampu untuk menjelmakan kejayaan buat kem negara terutamanya dalam usaha menamatkan penantian selama 37 tahun untuk menewaskan Thailand dalam acara berpasukan.

Berikut merupakan jadual penuh buat skuad negara bagi lima acara disertai dalam Kejohanan Dunia Sepaktakraw Piala Raja Thai 2025:
Cabaran Malaysia Di Piala Raja Thai 2025
23 Julai 2025 (Rabu)
12.30 Tengah Hari – Malaysia lawan Vietnam (Kuadran Campuran)
1.10 Petang – Malaysia lawan Myanmar (Kuadran Lelaki)
1.50 Petang – Malaysia lawan Korea Selatan (Kuadran Wanita)
4.30 Petang – Malaysia lawan Myanmar (Kuadran Campuran)
5.10 Petang – Malaysia lawan Thailand (Kuadran Lelaki)
5.50 Petang – Malaysia lawan Thailand (Kuadran Wanita)
7.50 Petang – Malaysia lawan Thailand (Kuadran Campuran)
7.50 Petang – Malaysia lawan Korea Selatan (Kuadran Lelaki)
8.30 Malam – Malaysia lawan Jepun (Kuadran Wanita)
24 Julai 2025 (Khamis)
10.30 Pagi – Malaysia lawan Singapura (Kuadran Lelaki)
11.10 Pagi – Malaysia lawan Korea Selatan (Regu Berpasukan Lelaki)
2.10 Petang – Malaysia lawan Korea Selatan (Regu Berpasukan Wanita)
3.40 Petang – Malaysia lawan Myanmar (Regu Berpasukan Lelaki)
4.50 Petang – Malaysia lawan Laos (Regu Berpasukan Lelaki)
6.40 Petang – Malaysia lawan Laos (Regu Berpasukan Wanita)

25 Julai 2025 (Jumaat)
10.30 Pagi – Malaysia lawan Jepun (Regu Berpasukan Lelaki)
12.00 Tengah Hari – Malaysia lawan Thailand (Regu Berpasukan Wanita)
1.30 Petang – Separuh Akhir Kuadran Campuran
2.10 Petang – Separuh Akhir Kuadran Wanita
3.30 Petang – Separuh Akhir Kuadran Lelaki
26 Julai 2025 (Sabtu)
10.30 Pagi – Separuh Akhir Regu Berpasukan Wanita
12.00 Tengah HariĀ – Separuh Akhir Regu Berpasukan Lelaki
3.00 Petang – Final Kuadran Campuran
3.40 Petang – Final Regu Berpasukan Wanita
27 Julai 2025 (Ahad)
11.00 Pagi – Final Kuadran Lelaki
11.40 Pagi – Final Kuadran Wanita
4.30 Petang – Final Regu Berpasukan Lelaki