Malaysia membariskan rata-rata muka sama bagi menghadapi Kejohanan Dunia Sepaktakraw Piala Raja Thai 2025 yang bakal berlangsung di Central Hatyai, Songkhla bermula 22 hingga 27 Julai nanti.

Melihatkan kepada senarai pemain yang diumumkan di laman sosial rasmi Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), tidak banyak perubahan besar dapat disaksikan.

Baca Juga:

Piala Raja Thai
Kredit Foto: NSTP/ASYRAF HAMZAH

Bagaimanapun beberapa pemain yang beraksi di Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 pada Mei lalu tidak disenaraikan seperti Amirul Zazwan Amir, Muhammad Redwan Hakim Muhammad, Muhammad Fetri Mohd Azwadi dan Khairul Aman Mohd Rosdi.

Apit kiri Melaka Titans, Zaim Razali kembali disenaraikan untuk turut sama menggalas tanggungjawab dalam kejohanan yang memasuki edisi ke-38 itu.

Pada edisi kali ini, Malaysia menyertai acara regu berpasukan lelaki dan wanita, kuadran lelaki dan wanita serta campuran.

Piala Raja Thai
Barisan pemain Thailand. Kredit Foto: Sanamtakraw

Saingan tahun lelaki menyaksikan skuad negara tewas 0-2 pada aksi final acara regu berpasukan lelaki di tangan Thailand.

Keadaan yang menjadikan skuad negara kemarau selama 37 tahun untuk menewaskan musuh tradisi itu dalam acara regu berpasukan.

Acara regu lelaki menjadi milik Malaysia hasil kemenangan 2-0 ke atas India ekoran tuan rumah tidak menyertai acara tersebut.

Berikut merupakan senarai penuh pemain lelaki Malaysia dalam Kejohanan Dunia Sepaktakraw Piala Raja Thai 2025:

Piala Raja Thai
Kredit Foto: NSTP/ASYRAF HAMZAH

Piala Raja Thai 2025

1) Mohammad Syahir Mohd Rosdi (Tekong)
2) Muhammad Haziq Khairul Nizam (Tekong)
3) Muhammad Zulkifli Razak (Tekong)
4) Zarif Marican Ibrahim Marican (Tekong)
5) Mohamad Azlan Alias (Apit Kanan)
6) Muhammad Noraizat Mohd Nordin (Apit Kanan)
7) Muhammad Shahalril Aiman Halim (Apit Kanan)
8) Muhammad Afifuddin Mohd Razali (Apit Kanan)
9) Farhan Adam (Apit Kiri)
10) Aidil Aiman Azwawi (Apit Kiri)
11) Norfaizzul Abd Razak (Apit Kiri)
12) Zaim Razali (Apit Kiri)