Vietnam melakar kejutan pada aksi separuh akhir acara Kuadran Lelaki Piala Raja Thai 2025 selepas menumpaskan Thailand 2-0 di Central Hatyai, Songkhla sebentar tadi.
Dibarisi Nguyen Hoang Lan, Vuong Minh Chau, Nguyen Van Ly dan Dau Van Hoang, Vietnam jelas tidak menghiraukan reputasi hebat tuan rumah yang diperkuatkan dengan kehadiran Rachan Viphan, Kritsanapong Nontakote, Phutawan Sopa, Seksan Tubtong serta dua pemain simpanan, Pornthep Tinbangbon dan Sankhai Daoreang.
Baca Juga:
- Info Siaran Langsung Piala Raja Thai 2025

- Piala Raja Thai 2025: Jadual Penuh Aksi Skuad Sepak Takraw Malaysia

- Senarai Pemain Malaysia Beraksi Dalam Piala Raja Thai 2025

Thailand bagaimanapun bermula dengan baik apabila mendahului lawan dengan kedudukan 7-3. Namun, Vietnam jelas liat untuk ditewaskan apabila ‘triple block’ digunakan jelas membuahkan hasil.
Keadaan itu nyata membuatkan Thailand berada dalam keadaan tertekan dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya Vietnam.
Tujuh mata berturut-turut diraih membolehkan Vietnam pula mendahului 10-7 yang nyata membuatkan Thailand dalam berada dalam keadaan tertekan.

Thailand cuba untuk bangkit melawan tetapi ia sudah terlewat untuk Vietnam menang set pertama dengan keputusan 15-12.
Kemenangan itu jelas menyemarakkan lagi api perjuangan barisan barisan pemain Vietnam yang terus cemerlang dan mendahului 14-9.
Namun, Thailand tidak mahu membiarkan kemenangan mudah dilakarkan Vietnam apabila mereka menyamakan kembali kedudukan kepada 14-14.
Tiada Final Piala Raja Thai Buat Thailand
Tuah akhirnya memihak Vietnam yang terlebih dahulu mendapatkan mata kemenangan 17-16 bagi mengesahkan slot ke final menjadi milik mereka.
Menanti Vietnam di final Piala Raja Thai 2025 esok ialah pemenang antara Malaysia dan Jepun yang akan beraksi sebentar lagi dalam satu lagi aksi separuh akhir.