Aksi kumpulan B Piala Shopee 2024-2025 – Kuala Lumpur City (Malaysia) vs Kaya Iloilo (Filipina) [Khamis, 22 Ogos 2024]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung aksi Kejuaraan Kelab Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Piala Shopee melibatkan wakil negara.
KL City vs Kaya-Iloilo
Sepak mula: 9:00 malam
Tempat: Stadium KLFA Cheras
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Asean United FC (Access VPN)
Astro Arena satu-satunya stesen TV tempatan yang mendapat hak penyiaran Piala Shopee namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.
Ladies and gentlemen, it's matchday!
KL City FC 🆚 Kaya FC iloilo 🇵🇭
🗓 22 August 2024
⏱ 9PM
🏟 Stadium Bolasepak Kuala Lumpur#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys #shopeecup pic.twitter.com/pQK4G6S04e— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) August 22, 2024
Piala Shopee hanya melibatkan pasukan dari Asia Tenggara dan disertai oleh dua kelab masing-masing dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Sementara Singapura dan Filipina pula bakal diwakili sebuah pasukan.
Malaysia diwakili oleh naib juara Piala FA 2023, Kuala Lumpur City (KL City) dan naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC (TFC).
TFC diundi dalam kumpulan A bersama BG Pathum United (Thailand), PSM Makassar (Indonesia), Dong A Thanh (Vietnam), Shan United (Myanmar) dan Preah Khan Reach Svay Rieng FC (Kemboja).
Manakala KL City dalam kumpulan B bersama Buriram United (Thailad) Cong An Ha Noi FC (Vietnam), Borneo FC (Indonesia), Kaya-Iloilo FC (Filipina) dan Lion City Sailors (Singapura).
Setiap kumpulan bakal menempuh lima perlawanan dengan juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.