Meskipun lama menyepi dalam industri hiburan, sebut mengenai nama Pierre Andre pasti ramai yang masih mengenalinya. Berjaya muncul sebagai pelakon dan pengarah membuatkan beliau masih segar di ingatan ramai.

Di sebalik kerjanya yang pelbagai, siapa sangka Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre mengakui beliau sudah 10 tahun tidak menggunakan telefon atas alasan mahu bebas daripada tekanan hidup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka yang mahu menghubungi boleh berhubung terus dengan isterinya, Siti Nur Hidayah Hisham.

@astrogempak

#GempakNews : Pierre Andre anggap handphone beri tekanan… Klik link untuk artikel penuh #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – Gempak – Gempak

“Saya tiada telefon bimbit mahupun media sosial sejak 10 tahun lalu. Kalau orang nak cari saya, boleh hubungi melalui isteri.

“Saya rasa bebas tanpa telefon bimbit. Berbeza masa saya aktif dahulu, telefon memang bagi saya tekanan.

Pierre yang turut bergelar pengarah itu ditemui pada majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 turut mengakui meminjam telefon isteri andai mahu mengikuti perkembangan semasa.

“Pernah satu zaman saya menggunakan telefon awam sebab itu susah untuk hubungi saya sebab kena melalui isteri. Tak ramai orang tahu nombor telefon dia selain nombor perniagaan.

“Sekiranya saya mahu melihat media sosial, saya akan pinjam telefon isteri dan belek sepintas lalu sahaja untuk mengetahui perkembangan isu semasa,” jelasnya.

Beliau dilaporkan membuat comeback dalam dunia filem apabila mengumumkan bakal mengarahkan filem Jangan Pandang Belakang 2.

Sumber