Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang menyiasat dakwaan lebih 10 lelaki bersenjata dipercayai warga Filipina menyusup masuk ke Lahad Datu di sini melalui perairan Tambisan.
Melalui laporan Malay Mail, Komander ESSCOM DCP Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata perkara itu masih dalam siasatan. Dia turut mengesahkan bahawa ketika ini keadaan di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone) dalam keadaan baik dan terkawal.
Menurut sumber, seorang lelaki mendakwa melihat lebih 10 individu mencurigakan, bersenjata dan berpakaian seolah menyamar, memasuki Sabah melalui perairan Long Patau di Tambisan minggu lalu. Lelaki itu turut mendakwa kesemua lelaki itu dipercayai warga Filipina berdasarkan perbualan mereka dalam bahasa Suluk.
Pada December lalu, dakwaan sebuah portal media antarabangsa, South China Morning Post bahawa terdapat satu mesyuarat dihadiri oleh 19 datuk bandar telah diadakan di Selatan Filipina dengan tujuan untuk merangka serangan seterusnya ke atas Sabah.
Selain itu, mesyuarat yang diadakan pada 1 Disember lalu dan diaturkan oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina turut bertujuan untuk merekrut ahli baharu kumpulan tersebut.
Difahamkan bahawa Februari 2022 dipilih sebagai hari untuk menyerang Sabah adalah disebabkan untuk ‘memperingati’ pencerobohan Lahad Datu pada 2013 serta didorong oleh kegagalalan pewaris Kesultanan Sulu mendapatkan persetujuan dengan kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan isu hak ke atas Sabah.
Tambah sumber itu lagi, sekitar 150 sehingga 200 pengintip sudah diarahkan untuk ke Lahad Datu dan Semporna bagi mengintip kawasan di sana. Laporan itu juga menyebut kemungkinan dua pantai utama itu bakal menjadi kawasan pertama yang akan diceroboh oleh pasukan pengganas.
19 datuk bandar dari Selatan Filipina rancang mahu serang Sabah Februari 2022? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.
19 Datuk Bandar Dari Selatan Filipina Rancang Mahu Serang Sabah Februari 2022?
Polis Lahad Datu Tahan 9 Pengemis Untuk Siasatan, Bakal Berdepan Hukuman Denda RM10,000