Pihak berkuasa Singapura menahan seorang lelaki Malaysia berusia 22 tahun di Pusat Pemeriksaan Woodlands petang Sabtu yang lalu dan menemui lebih 4.7kg heroin dalam keretanya dengan nombor pendaftaran Malaysia, lapor Yahoo News Singapore.

Dalam kenyataan Pihak Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), mereka mengesahkan bahawa penahanan itu kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Heroin yang dirampas dianggarkan bernilai lebih RM1.1 juta

Difahamkan semasa pemeriksaan, pegawai ICA menemui sebuah beg di ruang bagasi kereta. Setelah diperiksa, satu plastik besar dipercayai mengandungi bahan terkawal telah dikenal pasti.

Pihak berkuasa kemudian menemui sepuluh plastik heroin berasingan dalam bungkusan besar itu, seberat 4.72kg.

Anggaran nilai heroin yang dirampas melebihi $331,400, dan ia boleh menyebabkan ketagihan kira-kira 2,240 individu selama seminggu, kata pihak berkuasa.

Siasatan terhadap suspek yang ditahan sedang dijalankan.

Singapura mempunyai beberapa hukuman paling keras bagi pengedaran dadah di dunia.

Undang-undang tempatan menetapkan bahawa individu yang didapati bersalah mengedar lebih 15g heroin tulen boleh menghadapi hukuman mati.