Baru-baru ini, timbul khabar angin mengatakan pelakon Nad Zainal bermasam muka dengan beberapa rakan selebrtiti yang duhulu merupakan sahabat baiknya.

Dalam satu laporan, Nad berkata tiada istilah bermasam muka memandangkan masing-masing sudah dewasa dan dia mengambil pendekatan untuk tidak memandang isu berkenaan sebagai satu perkara yang serius.

Artikel Berkaitan:

“Saya memilih untuk tidak fokus kepada sesiapa yang hilang dari ‘radar’. Siapa yang ada, ada. Bab-bab siapa kawan siapa dan sebagainya, semua ini terlalu ‘high school’ untuk saya.

Saya sedang gembira dengan suami dan anak-anak. Jadi, saya tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu. Masih ramai yang ada dengan saya, jadi saya okay saja.” ujar Nad Zainal

Tambahnya, dia juga bersyukur apabila masih ada peminat yang memberi sokongan kepadanya.

Sekadar makluman, Nad mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka.