Tidak berdiam diri, pakar saham terkenal, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) memuat naik satu hantaran video di TikTok iaitu memberi nasihat buat pengarah Syamsul Yusof.
Menurut DDNK, Syamsul harus membuat keputusan yang terbaik kerana wanita mempunyai dua jenis. Salah satunya lebih beremosi sementara yang satu lagi pula banyak menggunakan logik.
Baca Juga:
- Lesen DDNK Digantung Suruhanjaya Sekuriti, Ini Apa Yang Berlaku Kepada Pelabur
- Bekas Isteri Dedah DDNK Hanya Beri Nafkah RM5,000 Kepada Anak Untuk Dua Bulan
- Syamsul Yusof Kongsi Gambar Anak, Elak Jawab Soalan Cerai
@lerawda Nasihat DDNK kepada Syamsul😎 #viraltiktok #rumahtanggabahagia #fyp #fypp #fypage #ddnk #pakarsaham #syamsulyusof #irakaza #puterisarah
DDNK berpendapat, jika sukar untuk memiliki kedua-dua isterinya, langkah yang terbaik ialah terpaksalah mengharungi perpisahan.
Sementara itu, dia turut mengatakan ramai yang berpisah sekarang semakin bahagia kerana mereka tahu siapa yang lebih menyayangi mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak setuju dengan kenyataan yang diberikan oleh DDNK.
“Baik la dengar nasihat mak ayah dia dari orang luar yang tak tahu apa berlaku sebenarnya,” ujar salah seorang pengguna TikTok menerusi video tersebut.