Nama Mustafa Khan mungkin tidak asing lagi buat pengguna media sosial di mana beliau kerap mengingatkan orang ramai agak tidak terjebak dan terperangkap dengan pinjaman yang ditawarkan oleh peminjam wang tidak berlesen atau Ah Long.

Dalam satu video terkini yang tular, beliau telah membantu seorang mangsa along yang memerlukan pertolongan kerana seorang Ah Long telah meminta kembali yang tidak masuk akal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Mustafa, beliau menerima aduan daripada seorang mangsa Ah Long di mana dia telah membuat pinjaman sebanyak hanya RM1,500. Namun, walaupun sudah menjelaskan bayaran RM4,000 (termasuk bunga), ah long berkenaan masih tidak puas dan ingin menuntut RM12,000 lagi daripada mangsa.

@mustafa_khan1992

Hari ini 9/6 saya telah menerima aduan daripada mangsa ahlong bahawa dia telah mengambil duit Rm 1500.00 daripada ahlong dan dia telah pun membuat pembayaran sebanyak Rm 4000.00 dan manakala ahlong tersebut masih lagi ingin menuntut sebanyak Rm 12 000.00 daripada mangsa. Bukan itu sahaja,Ahlong tersebut pernah mencereboh ke rumah mangsa dan mencuri laptopnya. Jika anda mempunyai masalah #ahlong #mangsaahlong #mangsascammer #pinjamanwangberlesen #scam #pelaburan Anda boleh lah menghubungi kami dan mendapatkan bantuan, Anda boleh mendapat nombor saya daripada bio tiktok.

♬ original sound – Mustafa_khan2203 – Mustafa_khan2203

Ah Long berkenaan turut pernah memasuki rumah mangsa dan merampas ah long milik mangsa sebagai salah satu bentuk ‘peras ugut’.

Mustafa juga turut bertanya ah long terbabit sama ada beliau mempunyai lesen dan perjanjian sebelum memberi pinjaman kepada orang ramai. Sepanjang video terbabit, ah long berkenaan dilihat geram tetapi tidak mampu berkata apa-apa.

Di Penghujung video, Mustafa menawarkan penyelesaian ‘secara baik’ dengan ah long berkenaan untuk mendapatkan kembali komputer riba milik mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada Mustafa yang berani membela mangsa ah long yang terpaksa membayar kembali hutang mereka dengan kadar bayaran yang tidak masuk akal.

Tidak kurang juga ramai yang mengingatkan Mustafa supaya berhati-hati supaya tidak berhadapan dengan apa-apa masalah di masa akan datang.

Mustafa sebelum ini kerap kali berpesan kepada orang ramai agar tidak terlibat dengan perangkap pinjaman ah long dan sekiranya sesiapa sudah menjadi mangsa, mereka boleh berhubung dengannya untuk dia membantu menyelesaikan masalah tersebut.