Penyokong Indonesia menyindir Malaysia selepas negara itu memintas skuad Harimau Malaya dalam kedudukan ranking FIFA yang dikeluarkan baru-baru ini.

Indonesia berjaya mencatat keputusan seri 0-0 ketika bertemu Australia dalam aksi kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno semalam.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Mata ranking yang ditawarkan dalam saingan Kelayakan Piala Dunia lebih tinggi daripada aksi persahabatan antarabangsa tier 1.

Selepas mengutip dua mata dalam dua perlawanan kelayakan setakat ini, Indonesia menduduki tangga ke-132 dalam ranking FIFA manakala Malaysia menduduki tangga ke-133 dalam kemas kini yang dikeluarkan.

Peminat negara jiran tidak melepaskan perkara ini untuk menyindir Malaysia dimana mereka memetik ranking dan juga skuad Harimau Malaya yang tidak beraksi dalam kelayakan Piala Dunia 2026.

Saling menyindir sudah menjadi perkara biasa bagi peminat kedua-dua pasukan sekaligus menjadi rencah kepada perseteruan dua negara ini.

Indonesia berpotensi melonjak beberapa anak tangga dan berpeluang berada dalam kelompok 120 dunia jika konsisten mengutip mata pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan datang.

Mereka dijadualkan bertemu Bahrain dan China pada bulan oktober depan dan ini peluang terbaik untuk mengutip mata ranking yang lebih tinggi.

Sebelum ini, Indonesia muncul sebagai pasukan paling banyak mengutip mata ranking FIFA di dunia pada bulan Mac apabila mengumpulkan +30.04 mengatasi rekod lama mereka.

Bagi Malaysia pula, selepas memenangi Pestabola Merdeka 2024, skuad bimbingan Pau Marti Vicente akan menghadapi dua perlawanan persahabatan pada bulan Oktober dan kemudiannya beraksi dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric.

Malaysia akan mengharungi kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula pada Mac tahun hadapan.